“Saudara saya perempuan dan lelaki dibunuh di Palestin, kini saya pula diugut bunuh kerana sokong Palestin” – Perenang Mesir

“Saudara saya perempuan dan lelaki dibunuh di Palestin, kini saya pula diugut bunuh kerana sokong Palestin” – Perenang Mesir

“Saudara saya perempuan dan lelaki dibunuh di Palestin, kini saya pula diugut bunuh kerana sokong Palestin” – Perenang Mesir.

Perenang Mesir mendakwa terima ugutan bunuh selepas menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang regim Israel.

Abdelrahman Sameh yang turut dikenali Abdelrahman Elaraby menjuarai acara 50 meter kuak kupu-kupu di kejohanan Piala Dunia Akuatik 2023 berlangsung di Greece minggu lalu tetapi berkata sukar meraikannya selepas berdepan minggu yang sukar.

“Saudara saya perempuan dan lelaki dibunuh di Palestin, kini saya pula diugut bunuh kerana sokong Palestin" - Perenang Mesir

“Saya mendapat ugutan bunuh, saya diserang setiap hari kerana menyokong Palestin,” katanya ketika ditanya mengenai kemenangannya.

Perenang berusia 23 tahun itu menewaskan perenang pilihan Isaac Cooper dari Australia dan Michael Andrew dari Amerika Syarikat untuk meraih emas pertamanya di Piala Dunia tetapi enggan meraikan kejayaan itu.

“Saudara saya perempuan dan lelaki dibunuh di Palestin dan saya diugut bunuh hanya kerana menyatakan sokongan saya kepada perjuangan mereka.

”Lima hari sebelum kemenangannya itu, Sameh dalam Instagramnya berkata dia dikritik kerana menyokong ‘keganasan’ selepas bercakap mengenai serangan Israel ke atas Gaza.

Sameh memuat naik berita dan imej peperangan di Gaza sebagai tanda sokongan ke atas perjuangan rakyat Palestin tetapi tidak disenangi pegawai renang Israel.

Baca Lagi:
Sokong Israel ke atau Palestin? Janna Nick tegur Baby Shima “Stop buat content macam ini, this is not a joke”
Pakai busana ‘tidak cukup kain’ sampai tonjol payudara, Azira Shafinaz akur kutukan nitezen
Bini suruh jaga anak, sekali bapa buat hal sampai tular video anak di TikTok
CATEGORIES