Sanusi dakwa dilarang sertai program Kerajaan Persekutuan, ini penjelasan Fahmi

Sanusi dakwa dilarang sertai program Kerajaan Persekutuan, ini penjelasan Fahmi

Sanusi dakwa dilarang sertai program Kerajaan Persekutuan, ini penjelasan Fahmi. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa beliau tidak jelas mengenai apa yang dimaksudkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa dihalang menyertai sebarang majlis anjuran Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, perkara itu tidak mempunyai sebarang isu kerana pihaknya sendiri menjemput semua wakil rakyat, termasuk pembangkang dalam majlis kementerian di peringkat negeri.

“Bagi saya tiada isu, contohnya di Kedah saya jemput semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan semua anggota pentadbiran negeri dalam semua lawatan kerja rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital.

Sanusi dakwa dilarang sertai program Kerajaan Persekutuan, ini penjelasan Fahmi

“Malah (hari ini), ada wakil daripada Pejabat Ahli Parlimen Padang Terap dan ADUN, ini semangat yang sedikit berbeza, jadi saya tak pasti apa yang beliau (Muhammad Sanusi) maksudkan.

“Bagi saya yang penting, Kerajaan Perpaduan ini ingin membuktikan bahawa kita bersedia untuk bekerjasama demi rakyat dan sekarang cukup-cukuplah kita berpolitik, kita berkhidmat untuk rakyat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Terap, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan Muhammad Sanusi menerusi Facebook yang dilarang menyertai sebarang majlis anjuran Kerajaan Persekutuan.

Muhammad Sanusi turut mendakwa dilarang hadir majlis Kerajaan Persekutuan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) pada 23 hingga 27 Mei depan.

Difahamkan, ia keputusan terbaharu Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa boleh buat. Kalau awak panaih (panas), janganlah pula koyak,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi tidak menjelaskan sebab-sebab keputusan itu diambil dan bila beliau dimaklumkan mengenainya.

Baca Lagi:
Pelajar menangis kena ‘pulau’ dengan rakan sekelas kerana bercakap bahasa Inggeris
‘Usaha tangga kejayaan’ – Wanita ini lulus ujian memandu pada percubaan kali ke-960
Lelaki hilang rantai emas bernilai RM3,795 selepas kena peluk wanita transgender
CATEGORIES