Sanusi akan didakwa di mahkamah esok

Photo of author

By Syima Iza

Sanusi akan didakwa di mahkamah esok.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka dihadapkan ke dua Mahkamah Selayang esok.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dipercayai akan didakwa berhubung kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan institusi kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.

Menerusi semakan sistem dalam talian mahkamah terdapat nama Muhammad Sanusi Md Nor yang akan didakwa di dua mahkamah sesyen berbeza di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.

Sanusi akan didakwa di mahkamah esok

Pendakwaan terhadap Sanusi ditetapkan untuk didengar pada jam 9 pagi.

Dalam ucapannya yang tular, pemimpin PAS itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis kerana menyifatkan perbuatan Sanusi itu menghina institusi beraja di Selangor.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri itu, Muhamad Mat Yakim berkata, setakat ini pihaknya belum menerima maklumat berhubung perkara berkenaan.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap Sanusi berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja), dalam ceramah politiknya baru-baru ini.

Siasatan berkaitan 3R berkenaan dilakukan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Baca Lagi:
Selepas suami hilang berbulan-bulan, TikToker terkejut dapat surat cerai talak tiga
Kalau hampa anak jantan, buka balik akaun TikTok saya – Sanusi
35 nelayan jadi jutawan segera selepas jumpa muntah ikan paus seberat 127 kilogram, ahli perniagaan UAE beli dengan harga RM6.20 juta