Santan boleh simpan di luar peti sejuk dengan guna cara ini, boleh tahan sampai 3 hari

Photo of author

By Syima Iza

Santan segar merupakan bahan masakan yang senang basi dan cepat menjadi rosak.

Oleh itu, ia harus segera disimpan di dalam peti sejuk supaya dapat mengekalkan kesegarannya.

Namun, bagi golongan peniaga yang membuka gerai di jalanan misalnya, agak sukar untuk menggunakan peti sejuk bagi menyimpan santan.

Santan boleh simpan di luar peti sejuk dengan guna cara ini, boleh tahan sampai 3 hari

Jangan risau, ayuh kita ikuti perkongsian pakman3390 di laman TikTok tentang teknik untuk menyimpan santan di luar tanpa memerlukan peti sejuk.

Mudah sahaja dan santan anda boleh kekal segar selama dua hingga tiga hari!

Langkah-langkah

1) Masukkan paket santan ke dalam satu bekas, kemudian letakkan ais sampai menutupi semua paket santan.

2) Kemudian tuang sedikit air dan tambah lagi ais.

3) Selepas itu terus tabur garam halus di atas ais tadi.

Fungsi garam halus ini adalah untuk memastikan ais tersebut dapat bertahan lama.

Biarkan sahaja santan di dalam ketulan ais tersebut dan ia akan kekal segar selama dua hingga tiga hari.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca Juga:
Ramai terkesima lihat Cik B tampil imej ‘ Big Boss’ dikelilingi hampir 10 bodyguard
Suami terkejut isteri buat ‘Surprise’ sambut anniversarry perkahwinan siap sewa tarian singa
Wanita Sepanyol dakwa titis air kencing di mata boleh pulihkan rabun