Sanggup berhabis ratusan ribu bina taman tema air di belakang rumah demi anak-anak

Photo of author

By Syima Iza

Sanggup berhabis ratusan ribu bina taman tema air di belakang rumah demi anak-anak.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video memaparkan taman tema air mini dibina di belakang rumah milik ahli perniagaan, Shukrie Ab Rahim.

Menerusi laporan, Shukrie membina taman tema air tersebut demi memberikan kepuasan kepada enam cahaya matanya, berusia antara tiga hingga 11 tahun yang sangat gemarkan aktiviti air.

Sanggup berhabis ratusan ribu bina taman teman air di belakang rumah demi anak-anak

“Asalnya ruang tanah itu adalah kebun mini yang diusahakan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Ada pelbagai jenis sayuran ditanam antaranya kangkung, cili, kacang panjang, petola, tomato, sawi dan bendi. Semuanya hanya untuk makan sendiri.

“Namun, anak-anak pula bosan kerana tak dapat keluar dari rumah, itu yang mendorong saya untuk membinanya, lagipun anak-anak juga selalu ajak pergi ke taman tema selepas tamatnya tempoh PKP,” katanya.

Difahamkan, taman tema air mini seluas kira-kira 21 x 15 meter persegi atau sebesar gelanggang futsal itu mula dibina pada 2021 dan siap sepenuhnya setahun kemudian dengan dilengkapi kolam renang, taman permainan air, gelongsor air, zoo mini dan dikelilingi pokok mulberi dan pokok anggur serta air pancuran.

@ekynn5050 Main masak2 kat rumah. Sambil layan anak2 mandi.. 🏊‍♀️🏊‍♂️ #happykids #happybersama ♬ bunyi asal – 𝘚𝘢𝘳𝘪𝘧𝘋𝘰𝘰𝘭 – 𝑺𝑨𝑹𝑰𝑷 𝑩𝑰𝑵 𝑫𝑶𝑳𝑳 ®

Bagi mewujudkan suasana seakan-akan berada di taman tema air sebenar atau komersial, landskap di sekitar kawasan itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti bilik gimnasium, surau, tandas, gerai, bilik persalinan, mesin layan diri dan tempat istirahat.

Pada masa sama, taman tema air mini yang menelan belanja ratusan ribu ringgit itu turut dibuka bagi aktiviti riadah buat anak-anak yatim tajaannya dari Rumah HALO Prihatin Jalinan Kasih di Cheras dan Rumah HALO Prihatin Ainul Kasih di Pasir Gudang, Johor.

Baca juga:
Padah pinggan mangkuk tak cuci, lelaki berdepan dengan makhluk halus dalam rumah
makhluk halus dalam rumah
Anak derhaka! Belasah, ikat ibu di tiang elektrik hanya kerana sayur