Sambutan hari jadi wanita ini bertukar lebih bermakna selepas ajak pekerja warga asing main kad bersama

Photo of author

By Syima Iza

Sambutan hari jadi wanita ini bertukar lebih bermakna selepas ajak pekerja warga asing main kad bersama.

Jika diperhatikan, jumlah pekerja warga asing di Malaysia semakin meningkat, terutamanya dalam industri pemprosesan dan pembinaan.

Menurut laporan Utusan pada 5 Disember lalu, lebih daripada 2.4 juta pekerja asing kini berada di negara ini.

Sambutan hari jadi wanita ini bertukar lebih bermakna selepas ajak pekerja warga asing main kad bersama

Namun, kehadiran mereka sering dipandang serong oleh segelintir pihak, terutamanya apabila mereka membanjiri lokasi popular di sekitar Kuala Lumpur pada cuti umum.

Sambutan Hari Jadi Bertukar Lebih Bermakna Selepas Bermain Kad Dengan Pekerja Asing

Di sebalik tanggapan negatif terhadap pekerja asing dalam masyarakat, seorang pengguna TikTok (@lovlyaphrodite) memilih untuk melayan mereka dengan baik.

Dalam video yang dikongsinya, wanita tersebut menceritakan pengalaman menyambut hari lahirnya yang ke-22 bersama rakannya di sebuah kawasan lapang berhampiran pantai.

Sambil menikmati suasana nyaman dengan tikar dibentang di atas rumput hijau, mereka secara spontan mengajak dua pekerja warga asing untuk bermain kad UNO bersama.

Walaupun hanya sekadar permainan kad, dua pekerja asing itu kelihatan begitu teruja dan tersenyum menikmati saat tersebut.

Mereka meluangkan masa bersama dari siang hingga malam sebelum akhirnya beransur pulang. Sebagai kenangan, wanita tersebut sempat merakam gambar bersama mereka.

Di ruangan kapsyen, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berbuat baik kepada pekerja asing yang telah banyak menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara.

Orang Ramai Memuji Sikap Prihatin Wanita Ini

Sambutan hari jadi wanita ini bertukar lebih bermakna selepas ajak pekerja warga asing main kad bersama

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa terharu melihat layanan mesra wanita tersebut terhadap dua pekerja asing itu.

Selain mengucapkan terima kasih, mereka turut mendoakan kesejahteraannya serta mengucapkan selamat hari jadi.

“Terima kasih sebab jadi orang yang baik,” tulis seorang pengguna.
@lovlyaphrodite treat the workers well they are the ones who built singapore! #besties #bestfriend ♬ gilmore lala – &lt3

“Ini barulah contoh sikap yang baik terhadap orang lain,” tambah seorang lagi.

Tular Pekerja Asing Miliki Simpanan Melebihi RM300,000

Sebelum ini, media sosial pernah kecoh apabila tular kisah seorang pekerja asing yang berjaya mengumpul wang simpanan melebihi RM300,000.

Ramai netizen terkejut dengan pendedahan itu dan ada yang bergurau bahawa rakyat tempatan pula yang kelihatan ‘merempat’ di negara sendiri.

Isu ini mencetuskan perbincangan tentang bagaimana pekerja asing mampu menyimpan wang sebanyak itu serta implikasi yang lebih luas terhadap ekonomi negara.

Sesetengah pihak percaya bahawa pekerja asing mampu menyimpan wang dalam jumlah besar kerana mereka mengamalkan gaya hidup sederhana dan berjimat-cermat.

Baca Juga:
Wanita menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas larikan duit tuan rumah RM2,500
Ini sebab kenapa orang cina Kelantan boleh ‘kecek kelate’ dengan fasih
11 senarai nama kereta paling kelakar di dunia, no.7 paling tak boleh terima…