Saman terhadap 2 selebriti wanita sudah difailkan, ‘Abang Bas’ kembali bekerja – Peguam

Photo of author

By Syima Iza

Saman terhadap 2 selebriti wanita sudah difailkan, ‘Abang Bas’ kembali bekerja – Peguam.

Peguam kepada lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’, Datuk Ahmad Zaharil, mengesahkan bahawa pihaknya telah memfailkan saman terhadap dua selebriti wanita yang didakwa telah menimbulkan fitnah terhadap pemuda tersebut.

Bagaimanapun, menurut Zahiril, saman tersebut difailkan oleh peguam lain yang juga merupakan anak didiknya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Saman terhadap 2 selebriti wanita sudah difailkan, 'Abang Bas' kembali bekerja - Peguam

Kami sudah memfailkan saman terhadap dua selebriti, manakala untuk netizen masih belum lagi. Bukan saya yang memfailkan, tetapi peguam lain yang merupakan anak didik saya. Saman tersebut adalah terhadap dua selebriti wanita.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa ‘Abang Bas’ kini telah memulakan kerja baru dan menjalani kehidupan yang lebih ‘low profile’.

Sebelum ini, Zahiril pernah memberikan peringatan dan berkata bahawa pihak terlibat masih diberi peluang untuk membuat permohonan maaf kepada keluarga Abang Bas.

“Yang dua orang selebriti tu, kita tengok sajalah… bukan nak cakap apa-apa, yang kita nampak hukum karma,” katanya.

@mstarmalaysia Bukan lagi gertak, peguam ‘Abang Bas’ sudah fail saman terhadap 2 selebriti wanita #beritatiktok #mstar #abangbas ♬ original sound – mStar Official

Terdahulu, pemandu bas sekolah itu telah didakwa di Mahkamah Muar pada September atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM40,000 sementara kes itu disebut semula.

Baca Lagi:
Rupanya ini maksud sebenar kenapa warga Bangladesh selalu pegang tangan sesama lelaki ketika berjalan
Bayi perempuan menangis ditemui atas loteng rumah, penduduk syak ‘anak kuntilanak’
Ini sebab kenapa tidak digalakkan mengecas telefon di dalam kereta yang masih ramai tak tahu