Samada ‘ganja’ boleh digunakan dalam perubatan atau tidak, KJ serah Menteri Kesihatan baharu buat keputusan

Photo of author

By Syima Iza

Samada ‘ganja’ boleh digunakan dalam perubatan atau tidak, KJ serah Menteri Kesihatan baharu buat keputusan.

Keputusan sama ada meneruskan penggunaan ganja dalam bidang perubatan negara atau sebaliknya, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baru dilantik, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk menentukannya.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata banyak kajian dijalankan pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini membabitkan kebaikan ganja dalam perubatan yang boleh dijadikan rujukan Dr Dzulkefly.

Samada 'ganja' boleh digunakan dalam perubatan atau tidak, KJ serah Menteri Kesihatan baharu buat keputusan

“Sudah banyak kajian dibuat pada zaman saya (ketika menjadi Menteri Kesihatan) berhubung penggunaan ganja dalam perubatan, jadi Dr Dzulkefly boleh merujuk kajian dibuat pelbagai pihak itu termasuk KKM.

“Selepas itu, beliau boleh buat keputusan sama ada perkara itu (ganja dalam perubatan) hendak diteruskan atau tidak,” katanya selepas Persidangan Dewan Muda Johor sesi 2023 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Pada 25 Ogos 2022, Khairy yang ketika itu Menteri Kesihatan dan mengadakan lawatan kerja ke di Bangkok Thailand, berkata kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan ganja dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun lalu dan dasarnya akan dilaksana tahun ini.

Bagaimanapun, langkah itu seolah ‘senyap’ selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Dalam lawatannya ketika itu, Khairy juga memberi jaminan kerajaan tidak akan membenarkan ganja digunakan untuk tujuan rekreasi di Malaysia.

Pada 9 Jun tahun lalu, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama membenarkan penanaman dan pemilikan ganja untuk tujuan perubatan.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand mengeluarkan ganja yang mengandungi tidak melebihi 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) iaitu sebatian psikoaktif utama yang terdapat dalam ganja daripada senarai narkotik yang diharamkan.

Bagaimanapun, pemilikan kandungan diekstrak seperti minyak dan hidangan seperti makanan serta minuman mengandungi lebih 0.2 peratus THC, masih diharamkan di Thailand.

Sumber

Baca Lagi:
Anggota polis hilang isteri, dua anak sekelip mata kemalangan ketika balik kampung
Ramai yang tak tahu kenapa kerusi bas bercorak pelik-pelik, ini jawapannya
Duit perbelanjaan dapur di gunting anak, ibu tampal semula guna pita pelekat