Sama cantik sama padan, Siti Saleha dedah dirinya sudah bertunang.
Pelakon Siti Saleha mendedahkan bahawa dia kini sudah bertunang dengan seorang pereka fesyen, Joshua Fitton.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Siti Saleha, atau lebih mesra disapa sebagai Sally, secara mengejut semasa acara Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2024 pada hari Jumaat.
“2024 sangat bagus dan kami juga sudah bertunang, saya terbuka mengenai perkara tersebut,” ujarnya menerusi video temu bual yang dimuat naik di TikTok.
Bagaimanapun, tunangnya sedikit terkejut dengan pengumuman spontan Saleha dan hanya tersenyum.
“Ya, saya juga terbuka mengenai perkara itu,” katanya.
Terdahulu, Saleha telah memperkenalkan kekasih berdarah kacukannya itu kepada umum pada Disember 2022.
Sebelum ini, Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar, 36, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun.