Saluran paip sinki meletup! 2 kanak-kanak melecur teruk angkara jiran guna asid

Photo of author

By Syima Iza

Saluran paip sinki meletup! 2 kanak-kanak melecur teruk angkara jiran guna asid. Dua kanak-kanak melecur selepas terkena cecair dipercayai asid serbuk soda yang berpunca dari letupan saluran paip sinki rumah di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu disedari ibu kanak-kanak terbabit ketika berada di kediaman mereka di tingkat satu selepas terdengar letupan di bahagian dapur.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan awal.

Saluran paip sinki meletup! 2 kanak-kanak melecur teruk angkara jiran guna asid

“Kanak-kanak lelaki itu mengalami melecur tahap tiga di dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha manakala adiknya pula melecur di paha kanan.

“Kedua-dua mangsa itu dilaporkan stabil namun, kanak-kanak lelaki itu masih dalam rawatan di wad kecemasan ICU Kebakaran Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Baca Lagi:
Wanita ‘kantoi’ selamba rakam filem dalam wayang siap tayang TikTok
Budak 6 tahun jatuh longkang nyaris maut dalam kolam kumbahan
Aksi pelajar kongsi markah cemerlang cuit hati netizen