Saluran darah ke otak pecah, pelajar cemerlang koma terpaksa tangguh pengajian

Photo of author

By Syima Iza

Saluran darah ke otak pecah, pelajar cemerlang koma terpaksa tangguh pengajian.

Pernah menjadi harapan keluarga namun kini hanya terlantar di katil.

Itu nasib Muhammad Amirul Nazmi Sam, 20 tahun yang dahulunya bergelar penuntut aktif dan cemerlang namun semuanya berubah setelah saluran darah ke otaknya pecah.

Saluran darah ke otak pecah, pelajar cemerlang koma terpaksa tangguh pengajian

Tiada siapa menyangka kejadian 18 Disember tahun lalu merubah kehidupan penuntut tajaan Petronas yang bakal melanjutkan pengajian di sebuah universiti di England itu.

Menetap di Kampung Jaba, Bukit Apit, Ajil, Terengganu, ibunya Wan Murni Wan Ngah, 46 tahun berkata pada hari kejadian, anaknya itu ditemui pengsan di ruang tamu rumah sewanya oleh seorang tukang cuci jam 9 pagi.

Jelasnya, Muhammad Amirul sepatutnya pulang ke Terengganu pada hari sama susulan cuti semester.

Namun hati ibu tunggal itu remuk apabila dimaklumkan anaknya terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta sebelum disahkan mengalami saluran darah ke otak pecah.

Akibat kejadian itu, Muhammad Amirul terpaksa dirawat di unit rawatan rapi ICU selama 12 hari sebelum dipindahkan ke wad biasa dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Cyberjaya.

Wan Murni yang bekerja sebagai tukang sapu itu turut memaklumkan imbasan pihak hospital mendapati kejadian itu mengakibatkan remaja tersebut lumpuh sebelah kanan badan.

Muhammad Amirul dijadualkan menamatkan pengajian A-level Mac ini sebelum melanjutkan pengajian ke United Kingdom, UK Jun depan namun pengajiannya terpaksa ditangguh selama setahun.

Bagi seorang ibu, tiada apa yang lebih penting buat Wan Murni selain berdoa agar anaknya itu kembali pulih dan sihat.

Baca Juga:
Guru tergaman terima hadiah rantai emas dari murid kelas darjah 6
Ini 16 senarai kesalahan enakmen syariah Kelantan yang terbatal dan tidak sah
Lambat sejam, pemilik homestay halau keluar macam ‘anjing’