Saksi kemalangan dedah jenazah guru al-Quran bersih tanpa darah, seperti sedang tidur

Photo of author

By Syima Iza

Saksi kemalangan dedah jenazah guru al-Quran bersih tanpa darah, seperti sedang tidur.

Saksi kemalangan maut melibatkan seorang guru al-Quran, Muaz Abdullah, 25, mendedahkan bahawa jenazah tenaga pengajar itu ditemui dalam keadaan bersih tanpa berlumuran darah walaupun berlaku perlanggaran kuat.

Kakak mangsa, Hajar Abdullah berkata, insiden yang menimpa Muaz itu diceritakan oleh saksi kejadian kepada bapanya.

Saksi kemalangan dedah jenazah guru al-Quran bersih tanpa darah, seperti sedang tidur

Menurut Hajar, Muaz meninggal dunia di tempat kejadian selepas pulang mengajar mengaji di masjid pada Selasa.

“Seorang ‘runner’ yang mengangkat jasad adik bongsu memberitahu kepada ayah bahawa jenazah Muaz bersih, tiada darah kecuali di dagu. Itu pun hanya kelihatan cedera ringan.
“Kata orang yang sempat menyaksikan (insiden), dia (Muaz) seperti sedang tidur, kematiannya mudah dan cepat sahaja pergi (meninggal dunia) serta pertama kali menyaksikan kemalangan tidak berdarah walaupun berlaku hentaman kuat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai kemalangan itu, Hajar memberitahu bahawa dia sama sekali tidak mengetahui kemalangan maut menimpa Muaz sehingga terdapat satu hantaran di Facebook memaklumkan insiden tersebut.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut menyifatkan pemergian Muaz sebagai satu kematian yang sangat dicemburukan kerana begitu banyak kebaikan disebut selepas kematiannya.

Kongsi Hajar, selepas jenazah dimandikan di hospital, datang seorang wanita menyapa dan berkongsi kebaikan yang dilakukan Muaz terhadap anaknya.

“Wanita itu beritahu bahawa Muaz seorang lelaki yang sangat baik, tidak pernah meninggikan suara kepada budak-budak malah mereka seronok belajar dengannya.

“Bukan itu sahaja, saya juga saksi begitu ramai orang yang hadir untuk solat jenazah. Bukan sekali disolatkan, bukan dua kali tetapi tiga kali,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ramai ulama termasuk imam dari Palestin, guru-guru, dan sahabat datang memenuhi surau untuk melihat perjalanan terakhir adiknya itu.

“Pengakhiran kau begitu baik, Muaz. Tenanglah kau di alam sana. Insya-ALLAH, kita akan bertemu lagi. Kakak di sini, tidak tahu lagi pengakhiran kehidupan bagaimana.

“Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atasmu wahai Muaz Abdullah. Moga roh adik berada dalam kalangan mereka yang beriman dan bertakwa. Kakak rindu Muaz,” jelasnya.

SUMBER

Baca Lagi:
Remaja berhutang RM13,000 dengan 12 Ah Long kerana ‘girlfriend’ mengidam nak makan siakap 3 rasa
Baru 6 bulan kerja di Malaysia, warga asing berjaya beli kereta Mazda, pinjaman lulus dalam masa sehari
Pisang di dinding dilelong dengan harga lebih RM4 juta