‘Sakit dapat, malu dapat’ – Mat rempit tergolek atas jalan raya ketika buat aksi wheelie

‘Sakit dapat, malu dapat’ – Mat rempit tergolek atas jalan raya ketika buat aksi wheelie

‘Sakit dapat, malu dapat’ – Mat rempit tergolek atas jalan raya ketika buat aksi wheelie. Tabiat memandu kereta atau menunggang motosikal secara berbahaya bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, malah sehingga hari ini perkara tersebut masih lagi berlaku.

Tidak hanya itu, sebahagian penunggang dan pemandu juga gemar menunjukkan skill ‘berani mati’ mereka di jalanan sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

'Sakit dapat, malu dapat' - Mat rempit tergolek atas jalan raya ketika buat aksi wheelie

Penunggang motosikal jatuh selepas buat aksi bahaya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang penunggang motosikal jenis kapcai menerima padah apabila dia terjatuh ketika melakukan aksi bahaya di hadapan sebuah persimpangan lampu isyarat jalan di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @m_riyazudin, kelihatan deretan motosikal sedang menunggu lampu isyarat berwarna hijau.

Pada masa sama, kebanyakan motosikal yang berada di situ juga dilihat membuat bising dengan membunyikan ekzos dengan kuat sambil disorak oleh orang ramai yang berkumpul di sekitar kawasan tepi jalan.

Lelaki buat wheelie dan hilang kawalan

Bagaimanapun, ketika lampu isyarat berwarna hijau, seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y150 secara tiba-tiba melakukan aksi ‘wheelie’ yang membahayakan.

@m_riyazudin Replying to @lux🧃 ♬ original sound – K0piais

Namun nasib tidak menyebelahi lelaki itu apabila aksinya tidak menjadi di mana dia gagal mengawal jenteranya hingga menyebabkan dia jatuh tergolek bersama motosikalnya di hadapan orang ramai.

Orang ramai pakat bersorak dan ketawa kepadanya

Insiden tersebut menyebabkan orang ramai yang berada di sekeliling bersorak dan mentertawakannya.

Pada video sama, kelihatan dia kembali mengangkat motosikalnya dan terus beredar daripada kawasan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut mengatakan insiden yang terjadi itu sebagai sesuatu yang memalukan selain mereka juga memerli penunggang terbabit.

“Dengan cerita last dia duduk KL malam tu”

'Sakit dapat, malu dapat' - Mat rempit tergolek atas jalan raya ketika buat aksi wheelie

Baca Lagi:
“Gagap & selalu dihina waktu kecil.”- Ini 9 kisah hidup Mr Bean yang ramai tak tahu. Sedih
Lelaki lumpuh lepas makan banyak ayam dimasak gadis-gadis yang ingin memikatnya
Isteri seksa, dera suami selama 20 tahun
CATEGORIES