Sajat dedah kenapa tak nak balik Malaysia, risau berlaku malapetaka

Photo of author

By Syima Iza

Sajat dedah kenapa tak nak balik Malaysia, risau berlaku malapetaka.

Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali Nur Sajat mendakwa dirinya tidak akan balik ke Malaysia lagi.

Melalui satu klip video hari ini, Sajat berkata dia tidak akan balik ke Malaysia kerana sudah selesa berada di Australia sejak beberapa tahun ini.

Katanya, ibunya sendiri juga menyuruh dia berada di sana dan mencari kebahgiaan sendiri tanpa mempedulikan percakapan orang ramai.

Sajat dedah kenapa tak nak balik Malaysia, risau berlaku malapetaka

“Aku dah tak nak balik ke Malaysia lagi, sini pun semua ada. Makanan kita pun ada. Balik nanti banyak sangat sekatannya, nak pergi situ tak boleh dan nak pergi sini tak boleh.

“Nanti berlaku malapetaka apa-apa dituduhnya aku. Aku dah selesa dekat sini, aku dah tak nak balik, ” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu untuk berlakon menjadi ‘jantan’ (lelaki) dan tidak mahu berpura-pura hanya semata-semata untuk berada di Malaysia.

“Kalau boleh semua keluarga aku nak angkut datang sini, aku memang selasa duduk di Australia.

“Aku tak nak berpura-pura, aku nak jadi diri sendiri sahaja. Duduk di sini bebas, kalau di sana mesti ada sekatan nak ke kelab semua tak boleh,” ujarnya.

Baca Lagi:
Konsert rock menjadi kecoh, penyanyi biadap buka seluar ketika persembahan
Bengang kena saman, model wanita mengamuk, hambur kata kesat terhadap polis
Pempengaruh dibunuh, mayat dikerat ditemui dalam beg pakaian