“Saiz ular sawa dah macam batang pokok kelapa” – Lelaki temui bangkai ular sawa gergasi di tepi jalan ladang kelapa sawit di Setiu

“Saiz ular sawa dah macam batang pokok kelapa” – Lelaki temui bangkai ular sawa gergasi di tepi jalan ladang kelapa sawit di Setiu

“Saiz ular sawa dah macam batang pokok kelapa” – Lelaki temui bangkai ular sawa gergasi di tepi jalan ladang kelapa sawit di Setiu.

Sebuah video yang memaparkan penemuan bangkai seekor ular sawa gergasi telah tular di media sosial.

Perkongsian penemuan itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @asroyoy96.

Berdasarkan perkongsian video oleh lelaki bernama Mohamad Asroy itu, ular tersebut dilihat berada di tepi sebuah jalan raya di sebuah hutan.

"Saiz ular sawa dah macam batang pokok kelapa" - Lelaki temui bangkai ular sawa gergasi di tepi jalan ladang kelapa sawit di Setiu

SK yang berpeluang mendapatkan keterangan Mohamad Asroy berkata bahawa penemuan itu telah dibuat pada 9 Oktober yang lalu.

Bangkai ular sawa bersaiz gergasi yang kekenyangan itu ditemui ketika Asroy dalam perjalanan ke kebun sawit kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurut Asroy lagi, penemuan itu dikatakan berlaku di Kampung Pelong Setiu, Terengganu.

Saiz ular sawa dah macam batang pokok kelapa
Jika diamati saiz ular sawa tersebut ia kelihatan hampir sama besar dengan saiz tayar kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh rakan-rakan Asroy.

Bagaimanapun, punca kematian ular sawa gergasi tersebut tidak dapat diketahui.

Bukan sahaja bersaiz besar, ular sawa itu juga mempunyai panjang yang luar biasa daripada spesies ular-ular tersebut.

Menerusi perkongsian video itu lagi, dapat dirumuskan bahawa ular itu berkemungkinan mati dalam keadaan kekenyangan ekoran saiz badannya yang terlalu besar.

@asroyoy96 patut tak gerak ingatkan tido mati🐍#ularmaren#anaconda #ularsawa ♬ bunyi asal – ꧁ πŸ…ΈπŸ…΄πŸ†πŸ…°οΈŽ_πŸ…»πŸ…°οΈŽπŸ…½πŸ…³πŸ…ΎοΈŽβ‘¨β“ͺκ§‚ – κ§πŸ…ΈπŸ…΄πŸ†πŸ…°οΈŽ_πŸ†‚πŸ†ˆπŸ…°οΈŽπŸ…ΈπŸ†πŸ…°οΈŽπŸ…·β‘¨β“ͺκ§‚

Perkongsian Asroy itu dengan pantas telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

β€œBesar ular sawa dah macam batang pokok kelapa,” tulis seorang netizen yang membandingkan saiz ular itu dengan pokok kelapa.

β€œAku ni sebenarnya takut dengan ular, Tapi kalau dah tengok ular tu terkapar macam tu. Alahai kasihan la pulak,” tulis seorang lagi netizen yang mengasihani ular tersebut.

β€œUlar besar ni bahaya sangat-sangat tapi ni je la bukti hutan kita ni masih sesuai untuk dorang. Sayang mati dah pulak, letak zoo okay ni,” tulis seorang netizen lagi.

Baca Lagi:
Lagi kantoi! Pemilik syarikat didakwa tipu pembekalan beras lebih RM22 juta
Tripod beralih kedudukan secara sendiri di apartmen terbiar, anggota kumpulan paranormal cabut lari
Selepas kecoh isu buka tudung, Mawar Rashid tampil buka mulut
CATEGORIES