Umum mengetahui Hong Kong merupakan antara bandar yang berkembang dengan maju dan pesat. Maka, tidak hairanlah banyak perumahan jenis pangsapuri yang mempunyai jumlah penduduk yang sangat padat.
Bukan itu sahaja, wilayah yang pernah ditadbir Britain hingga 1997 itu juga didakwa mempunyai kos hidup yang tinggi dan harga rumah di situ juga begitu mahal.
Saiz Bilik Hanya Sedepa
Menerusi perkongsian tular di TikTok, dua orang pelancong Malaysia memaparkan keadaan sebuah bilik yang mereka menginap di salah sebuah hotel di Hong Kong. Dalam video itu, salah seorang rakan mendepakan tangannya untuk menunjukkan keluasan bilik yang mereka diami.
Dapat dilihat, bilik itu menyediakan dua katil bujang, satu kipas dinding, serta tingkap yang dilitupi dengan langsir. Bilik itu juga menyediakan sebuah bilik air yang lengkap dengan tandas duduk dan ruang mandi.
Ruang yang Sempit Mengundang Tawa
@aimanaidi44Review bilik kami menginap di Hong Kong 🤣🙏🏻♬ original sound – Aiman Aidi 🇲🇾
Dua pelancong Malaysia ini hanya mampu ketawa melihat keluasan bilik itu dan salah seorang tertanya-tanya bagaimana untuk menunaikan solat di bilik itu memandangkan ruangnya dilihat begitu sempit.
“Kecil doh… tapi tak apalah kita fahamlah diorang tak cukup tanah (penduduk padat).
“Eh, nak solat macam mana?” katanya.
Mungkin ramai yang menjangkakan bilik sekecil itu berharga bawah RM200 untuk semalaman, namun menurut mereka yang pernah menginap di hotel berkenaan beberapa tahun lalu, anggaran didakwa berharga RM300-RM400 untuk satu malam.
Bagaimanapun, ramai pelancong memilih hotel itu kerana menawarkan harga yang lebih berpatutan berbanding penginapan lain di sana.