Saintis temui ular setebal ‘tayar kereta’ di dasar sungai hutan Amazon

Photo of author

By Syima Iza

Seorang ahli biologi dari Belanda menemui ular terbesar di dunia yang dirakam menyusur dasar sebatang sungai di Hutan Hujan Amazon sebelah Brazil, lapor akhbar The Sun semalam.

Reptilia gergasi itu memiliki berat 199.5 kilogram atau tiga kali ganda melebihi berat manusia biasa dan berukuran 7.62 meter panjang. Saiz kepalanya dikatakan menyamai saiz kepala manusia.

Spesies Anakonda Hijau Utara tersebut ditemui oleh Profesor Freek Vonk yang juga pengacara sebuah program hidupan liar di televisyen.

Saintis temui ular setebal 'tayar kereta' di dasar sungai hutan Amazon

Dalam video yang disiarkan, Vonk dirakam berenang di sebelah ular gergasi berkenaan.

“Berdasarkan video yang anda boleh lihat, ia merupakan anakonda terbesar pernah saya lihat. Ia setebal tayar kereta, sepanjang 7.62 meter dan seberat 199.5 kilogram,” katanya.

Baca Juga:
Hidayah enggan terima ‘cash’ RM75,000 pembayaran wang saman fitnah Ali Puteh
Lembaga mata bercahaya tenung kamera dalam hutan jadi tanda tanya
Penonton terberak dalam seluar di majlis anugerah, cebisan najis berselerak…artis terpaksa tutup hidung