Saintis temui laluan rahsia di Piramid Besar Mesir

Saintis temui laluan rahsia di Piramid Besar Mesir

Saintis temui laluan rahsia di Piramid Besar Mesir. Saintis telah menemui ‘laluan tersembunyi’ di dalam Piramid Besar Mesir, menurut pihak berkuasa pada Khamis.

Kementerian Antikuiti memaklumkan ‘koridor’ itu berukuran sepanjang sembilan meter dan selebar dua meter di struktur purba tersebut yang berusia kira-kira 4,500 tahun.

“Tapak purba di Giza itu turut dikenali sebagai Piramid Khufu. Koridor dengan siling berbentuk tiga segi itu ditemui di bahagian utara Piramid Besar Firaun Khufu,” kata jurucakap Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir, Ahmed Issa.

Saintis temui laluan rahsia di Piramid Besar Mesir

Difahamkan, penemuan itu adalah sebahagian daripada projek ScanPyramids yang dilancarkan pada 2015, hasil kerjasama antara universiti terkemuka di Perancis, Jerman, Kanada, Jepun dan pakar di Kaherah.

“Ia berjaya ditemui menggunakan teknologi canggih tanpa perlu melakukan kerja penggalian. Teknologi tersebut adalah gabungan termografi inframerah, pengimejan radiografi muon dan pembinaan semula tiga dimensi (3D),” jelas ahli arkeologi, Zahi Hawass.

Baca Lagi:
Wanita 27 tahun mengaku bahagia berkahwin dengan warga emas 63 tahun
“Gagap & selalu dihina waktu kecil.”- Ini 9 kisah hidup Mr Bean yang ramai tak tahu. Sedih
Cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 berharga RM177,200 sekeping semasa bersihkan rumah majikan
CATEGORIES