“Saintis pun menangis tengok nie” – Wanita potong rumput guna kerusi roda raih pujian ramai

“Saintis pun menangis tengok nie” – Wanita potong rumput guna kerusi roda raih pujian ramai

Seorang wanita menggunakan kreativitinya sendiri apabila memotong rumput dengan ‘kerusi roda’.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok berdurasi 26 saat, wanita itu dilihat memotong rumput dengan menggunakan mesin rumput yang diikat bersama kerusi roda.

Tindakan itu menarik perhatian orang ramai dan dilihat sebagai satu cara yang bijak.

“Saintis pun menangis tengok nie" - Wanita potong rumput guna kerusi roda raih pujian ramai

Tinjauan di media sosial mendapati, orang ramai memuji dan juga ada yang terhibur dengan tindakan yang dilakukan oleh wanita itu.

“Kasihan mesin rumput itu, sakit-sakit pun kena kerja,” ujar pemilik akaun Azahari Isa.

“Kreatif dan inovatif, memudahkan kaum hawa bekerja sambil mengeluarkan peluh keringat,” kata pemilik akaun Badrudin.

“Saintis pun menangis tengok nie,” kata pemilik akaun Henry.

Perkongsian video tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 368.9 ribu tontonan dan 11.6 ribu tanda suka.

@halidali269♬ original sound – Halidali58

Baca Juga:
Orang Korea jual ‘Lemang Instant’ selamba campak dalam api buat netizen terkejut
Wanita dipaksa ‘resign’ dengan cara yang salah, menang saman hampir RM200k terhadap majikan
Gadis cantik lulusan ‘Master’ sanggup balik kampung jadi penternak lembu dan kambing
CATEGORIES