Saifuddin Nasution dedah MB Kedah terima kompaun bernilai RM500,000 curi nadir bumi

Photo of author

By Syima Iza

Saifuddin Nasution dedah MB Kedah terima kompaun bernilai RM500,000 curi nadir bumi.

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah menerima kompaun berjumlah RM500,000 kerana terlibat dalam kejadian mencuri unsur nadir bumi (REE) di Kampung Chong, Sik.

Tegasnya, kompaun itu dikeluarkan pada 4 Oktober 2022 oleh Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Mohd Fauzi Mustaffa dan dialamatkan kepada Pengerusi MBI, iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Saifuddin Nasution dedah MB Kedah terima kompaun bernilai RM500,000 curi nadir bumi

“Kita lantik Menteri Besar untuk urus negeri, bukan jadi pencuri. Ini baru permulaan. Akan ada siri pendedahan dengan dokumen lengkap kerana kita percaya rakyat Kedah cerdik.”

“Yakinlah semua, kita akan turun terangkan dengan elok dalam siri-siri penerangan kita.”

“Mudah-mudahan sasaran paling kurang sembilan belas kerusi pada kerusi Dewan Undangan Negeri itu akan menjadi kenyataan.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Kedah, di Guar Chempedak di sini.

Sebelum ini, polis Kedah dilaporkan membongkar kegiatan pemerdagangan manusia dan kecurian REE di Bukit Enggang, Sik selepas menahan sembilan individu hujung bulan lalu.

Susulan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menuntut Kerajaan Negeri memberi penjelasan terhadap pelbagai persoalan berkaitan isu penerokaan dan kecurian REE, yang didakwa masih berlaku susulan penahanan beberapa individu itu.

Baca Lagi:
Tular gambar batu tertera tulisan jawi dijadikan pelapik tidur anjing
Banglo mewah di Sik: Abang MB Kedah tampil buat penjelasan
Dulu kaya-raya atas sokongan isteri pertama, sekarang hidup kontraktor projek juta-juta musnah selepas kahwin 2