Sah solat di belakang imam yang merokok – Mufti P. Pinang

Photo of author

By Syima Iza

Sah solat di belakang imam yang merokok – Mufti P. Pinang.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menjelaskan adalah sah solat di belakang seorang imam yang fasik atau imam yang merokok.

Wan Salim berkata, perkara itu telah dijelaskan menerusi pandangan Mantan Mufti Arab Saudi, Almarhum Sheikh ‘Abdul ‘Aziz Baz.

Sah solat di belakang imam yang merokok – Mufti P. Pinang

“Menurut pandangan Mantan Mufti Arab Saudi, Almarhum Sheikh ‘Abdul ‘Aziz Baz, adalah sah solat di belakang seorang imam yang fasik atau imam yang merokok.
“Walaupun demikian adalah wajib ke atas kerajaan melantik imam daripada kalangan orang baik dan istiqamah (baik ibadah dan akhlak),” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai video tular seorang individu di TikTok yang menyatakan tidak sah untuk seseorang itu solat dengan imam merokok kerana mereka adalah orang yang fasik.

Individu di dalam video tersebut juga mendakwa imam-imam yang merokok akan menghisap rokok sebelum memasuki masjid dan membawa najis (rokok) bersama mereka.

Disebabkan itu, individu tersebut mendakwa orang yang menghisap rokok tidak layak menjadi imam.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, semua imam di negara ini dinasihatkan agar menghentikan tabiat merokok memandangkan ia adalah satu tabiat yang tidak baik.

“Nasihat saya kepada imam-imam cubalah hentikan tabiat yang tidak baik ini.

“Kita mahu menonjolkan imej seorang imam yang boleh dijadikan teladan yang baik untuk anak-anak jemaah,” katanya.

Baca Juga:
Gara-gara guna GPS, kereta dipandu wanita tersadai di jambatan gantung
“Boss dia suruh duduk luar, jaga anak bergilir-gilir” – Wanita ‘naik hantu’ pemilik butik tidak benarkan anak masuk
Gempar! Bom seberat 125kg ditemui di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra