Sah! Annuar Musa masuk Pas

Sah! Annuar Musa masuk Pas

Sah! Annuar Musa masuk Pas.

Presiden badan bukan kerajaan Muafakat Nasional (MN) Annuar Musa sah menjadi ahli PAS, kata setiausaha agung parti Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata PAS menerima keahlian bekas ahli Parlimen Ketereh itu bersama 3,000 ahli baharu hari ini.

“Saya ingin memaklumkan Annuar Musa diterima menjadi ahli PAS… dengan 3,000 keahlian baharu hari ini.

Sah! Annuar Musa masuk Pas

“Ramai memohon masuk dalam PAS, Bersatu… (selepas ini) tokoh masyarakat lain yang diterima masuk ke parti ini akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada ceramah perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban, malam ini.

Turut hadir Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi turut menyerahkan sijil keahlian kepada Annuar.

Sementara itu, Annuar berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kepimpinan tinggi parti PAS dan PN yang menerima keahliannya itu.

“Saya bersyukur pada malam ini saya dapat bersama dengan semua (penyokong PN) pada hari bersejarah bagi diri saya, (keputusan ini) tidak dipengaruhi oleh sesiapa,” katanya.

Baca Lagi:
Penyanyi buta Indonesia pukau pengadil America’s Got Talent raih ‘Golden Buzzer’, Simon Cowell minta buat persembahan kedua
Wanita ada dua suami tinggal serumah kena halau dengan penduduk kampung
Sering dimaki, suami kerat isteri, rebus tangan dan bakar kaki
CATEGORIES