Rupanya tanam 6 pokok ini boleh halau nyamuk masuk rumah.
Musim monsun pada hujung tahun ini membawa beberapa ancaman kepada penduduk di negara tropika.
Antaranya ialah peningkatan jumlah nyamuk, disebabkan oleh cuaca hujan yang menyediakan keadaan sempurna untuk pembiakan serangga pembawa penyakit ini.
Melalui satu hantaran di TikTok, dikongsikan beberapa jenis pokok hiasan yang boleh ditanam untuk membantu menghindari nyamuk daripada mendekati kediaman anda.
Jom jadikan rumah bebas nyamuk sambil mencantikkan halaman!
1.Serai Wangi
Tidak boleh dimakan, tetapi bau yang dikeluarkan oleh tumbuhan ini tidak digemari oleh nyamuk.
2.Pudina
Mempunyai aroma yang menenangkan untuk manusia, tetapi tidak sesuai dengan deria bau nyamuk yang sensitif.
3.Selasih
Bau daun selasih sangat dibenci oleh nyamuk. Tumbuhan ini juga berguna untuk perubatan dan masakan.
4.Bunga Kantan
Bau yang dikeluarkan oleh tumbuhan ini menyebabkan nyamuk ‘pening’.
5.Geranium
Mempunyai bunga yang cantik dan berkesan menghalau nyamuk.
6.Marigold
Bau kuat yang dikeluarkan oleh tumbuhan ini mirip seperti aerosol penghalau nyamuk.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!