Rupanya penutup radiator kereta ada nombor tersendiri, tak boleh tukar sesuka hati

Photo of author

By Syima Iza

Rupanya penutup radiator kereta ada nombor tersendiri, tak boleh tukar sesuka hati.

Bila ingin melakukan perjalanan jauh, kereta tentunya menjadi pilihan utama ramai berbanding motosikal.

Apatah lagi faktor cuaca turut dipertimbangkan, terutama dengan hujan lebat dan ribut petir yang sering melanda negara kebelakangan ini.

Rupanya penutup radiator kereta ada nombor tersendiri, tak boleh tukar sesuka hati

Namun, jika menggunakan kereta, kita tidak perlu risau tentang faktor cuaca dan keselesaan sepanjang berada di atas jalan raya.

Bagaimanapun, sebelum memulakan perjalanan jauh, kereta perlu diselenggara atau menjalani pemeriksaan pada bahagian-bahagian penting.

Antaranya termasuk tayar kereta, minyak enjin, minyak brek, dan beberapa komponen lain. Perkara ini penting bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini sepanjang perjalanan.

Nampak mudah, tetapi ramai sebenarnya terlepas pandang. Salah satu komponen yang wajib diperiksa adalah radiator. Ini kerana radiator berfungsi sebagai penyejuk enjin daripada suhu panas, terutama jika kenderaan bergerak dalam jarak yang jauh.
Jika tidak diperiksa, ia boleh terdedah kepada kerosakan yang memaksa anda menukar penutup radiator.
Tambahan pula, penutup radiator tidak boleh ditukar secara sembarangan kerana ia mempunyai nombor tertentu.

Setiap penutup radiator ada nombor?

Menurut perkongsian seorang lelaki di akaun TikTok @altimatautogarage, setiap penutup radiator mempunyai nombor seperti 1.1 atau 0.9 dan sebagainya.

Katanya, jika tidak menggunakan penutup asal (nombor yang sama), berisiko berlaku kerosakan termasuk enjin menjadi panas (overheat).

“Korang tahu tak? Penutup radiator ini kalau rosak, nak tukar, tak boleh tukar sesuka hati sahaja. Dia ada nombor tersendiri.

“Macam kereta ini, nombornya 0.9. Kalau penutup radiator kereta ini rosak, korang tak boleh tiba-tiba pakai penutup bernombor 1. Dia mesti pakai nombor yang sama, iaitu 0.9 juga,” jelasnya dalam video itu.

Katanya lagi, perkara ini disebabkan setiap penutup radiator direka mengikut tekanan enjin kereta yang sesuai.

Jika menggunakan penutup radiator yang salah, ia boleh mengundang kepada kerosakan kereta.

Semoga bermanfaat.

@altimatautogarage Jangan nak tukar radiator cap sesuka hati kalau tak nak enjin kereta overheat !! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelserviskereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #brakekereta #discbrake #aircondkeretabaubusuk #baikikereta #gearboxkereta #automotifmalaysia #automotivemalaysia #automotif #bengkelmalaysia #aircondkeretabocor #gearbox #automotive #otomotif ♬ original sound – Altimat Auto Garage

Baca Lagi:
Pernah bercerai talak 1 dengan Diana Danielle, Farid Kamil dedah rahsia pulihkan rumah tangga
Anggota tentera tinggal nota ‘Maut Memanggil Mu’ di botol kaca sebelum maut kemalangan
Najis manusia terbesar di dunia bernilai RM167k