Rupanya ini sebab kenapa Pilot dan Co-Pilot tidak dibenarkan makan makanan yang sama ketika bertugas

Photo of author

By Syima Iza

Rupanya ini sebab kenapa Pilot dan Co-Pilot tidak dibenarkan makan makanan yang sama ketika bertugas.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang peraturan yang menyatakan juruterbang (pilot) dan pembantu juruterbang (co-pilot) tidak dibenarkan makan makanan yang sama semasa bertugas.

Walaupun kedengaran agak ‘pelik’, sebenarnya ada sebab yang kukuh di sebaliknya.

Rupanya ini sebab kenapa Pilot dan Co-Pilot tidak dibenarkan makan makanan yang sama ketika bertugas

Umum diketahui, keselamatan penumpang pesawat bergantung kepada kecekapan dan ketenangan kakitangan yang bertugas di kokpit.

Oleh itu, juruterbang dan pembantu juruterbang terikat dengan beberapa peraturan ketat.

Salah satunya adalah peraturan mengenai makanan yang mereka boleh makan semasa bertugas, di mana mereka tidak dibenarkan makan makanan yang sama ketika berada dalam penerbangan.

Ramai tak tahu, rupanya ini sebabnya

Menurut Business Insider, peraturan ini bertujuan untuk mengelakkan risiko keracunan makanan.

Sekiranya salah seorang daripada mereka mengalami keracunan makanan akibat makanan tercemar atau tidak selamat, sekurang-kurangnya seorang lagi juruterbang masih boleh melaksanakan tugas dengan baik dan selamat.
Hal ini sangat penting kerana kedua-dua juruterbang diperlukan untuk memastikan penerbangan berjalan lancar.

Jika juruterbang utama terjejas, pembantu juruterbang masih boleh mengambil alih tugas tanpa sebarang masalah, sekali gus memastikan keselamatan penerbangan.

Tidak wajib, tapi diamalkan oleh banyak syarikat penerbangan

Walaupun peraturan ini tidak diwajibkan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), kebanyakan syarikat penerbangan mengamalkannya sebagai langkah keselamatan tambahan.

Bahkan, juruterbang juga digalakkan untuk mengelakkan makanan tertentu seperti ikan mentah sebelum dan semasa penerbangan.

Ini kerana makanan tersebut berisiko menyebabkan keracunan makanan akibat bakteria yang terdapat dalamnya.

Selain itu, kedudukan dalam kokpit juga mempengaruhi pilihan makanan juruterbang dan pembantu juruterbang.

Menurut Captain Han Hee-seong dari China Eastern Airlines, juruterbang biasanya akan menerima hidangan kelas pertama. Manakala, pembantu juruterbang akan mendapat hidangan dari kelas perniagaan.

Namun begitu, ada juga pembantu juruterbang yang baik hati yang membenarkan juruterbang untuk memilih hidangan terlebih dahulu.

Kejadian keracunan makanan dalam sejarah penerbangan

Walaupun kejadian keracunan makanan dalam penerbangan jarang berlaku, ia tetap pernah terjadi.

Pada tahun 1982, sekumpulan kru pesawat, termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang, jatuh sakit akibat puding tapioka yang rosak ketika penerbangan dari Boston ke Lisbon.

Berkat kecekapan kru, pesawat dapat berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Boston tanpa insiden besar.

Di samping itu, pada tahun 2010, dua juruterbang di UK jatuh sakit akibat keracunan makanan semasa bertugas di kokpit.

Walau bagaimanapun, keracunan itu dipercayai berpunca daripada makanan yang dimakan sebelum berlepas, bukan semasa penerbangan.

Baca Lagi:
Dah lama tak dapat nafkah zahir batin, wanita jaga suami strok 8 tahun nekad bercerai
“Lain macam view dia” – Ingatkan shopping mall rupanya kilang
Ramai masih keliru status wuduk selepas terpijak tahi cicak, ini penjelasan mufti