Rupanya ini sebab kenapa doktor perlu dengar bayi menangis selepas lahir yang ramai tak tahu.
Public Health Malaysia (PHM) menyatakan bahawa tangisan bayi yang baru lahir boleh menjadi petunjuk penting terhadap kesihatan bayi tersebut.
Dalam perkongsian di Facebook, PHM menegaskan bahawa tangisan bayi merupakan salah satu tanda utama yang digunakan oleh doktor untuk menilai keadaan kesihatan bayi baru lahir.
“Kehebatan tangisan menunjukkan tahap kesihatan. Ia perlu berlaku dalam tempoh satu minit selepas lahir. Jika bayi tidak menangis dalam tempoh tersebut, peluang untuk hidup sihat adalah rendah. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan kecacatan otak sepanjang hayat,” kata PHM.
PHM turut mengenal pasti tujuh punca utama yang mungkin menyebabkan bayi tidak menangis ketika lahir, iaitu:
- Kekurangan oksigen kepada otak bayi.
- Jangkitan semasa kehamilan.
- Masalah genetik.
- Kecederaan kepada otak bayi.
- Kelahiran pramatang.
- Masalah kongenital.
- Sindrom Kesukaran Pernafasan (RDS).
Maklumat ini bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang pentingnya tangisan bayi baru lahir sebagai penanda awal kesihatan dan keperluan mendapatkan rawatan segera jika berlaku sebarang kelainan.