Rupanya ini sebab kenapa banyak kereta Alphard & Vellfire guna nombor plat putih

Photo of author

By Syima Iza

Rupanya ini sebab kenapa banyak kereta Alphard & Vellfire guna nombor plat putih.
Nombor Plat Putih Pada MPV Toyota Vellfire dan Alphard Jadi Tumpuan, Ini Penjelasannya

Pada masa kini, nombor plat berwarna putih sinonim dengan kenderaan elektrik (EV). Namun, sejak beberapa hari lalu, ramai pengguna jalan raya melaporkan kelibat kenderaan MPV seperti Toyota Vellfire dan Alphard menggunakan nombor plat putih, sehingga mencetuskan persoalan.

Gambar dan video yang tular di media sosial menimbulkan dakwaan bahawa golongan VIP sewenang-wenangnya melanggar undang-undang jalan raya negara.

Rupanya ini sebab kenapa banyak kereta Alphard & Vellfire guna nombor plat putih

Penjelasan Tentang Nombor Plat Putih
Bagaimanapun, dakwaan bahawa VIP menyalahgunakan kedudukan mereka tidak benar sama sekali.

Menurut laman Carz.com, kenderaan MPV yang menggunakan nombor plat putih tersebut sebenarnya berfungsi sebagai ‘preview’ untuk memaparkan rekaan nombor plat baharu yang akan diperkenalkan, selain digunakan khas untuk membawa individu penting dari negara-negara ASEAN.

**“Toyota Alphard dan Vellfire yang digunakan untuk membawa menteri telah dipasang dengan JPJePlate sementara yang mengandungi pengecam khas.

“ATM bermaksud ASEAN Transport Ministers, manakala STOM ialah Senior Transport Officials,”** jelas portal itu.

@azlimukhtar♬ เสียงต้นฉบับ – 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐜 𝐒𝐭𝐚𝐫💫(𝟏.𝟒𝐌) – 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐜 𝐒𝐭𝐚𝐫💫(𝟏.𝟓𝐌)

Peranan Kenderaan Ini Dalam Mesyuarat Pengangkutan ASEAN

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 dan Mesyuarat Pegawai Kanan Pengangkutan (STOM) ke-58, yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 18 hingga 22 November 2024.

Mesyuarat ini menghimpunkan pemimpin pengangkutan ASEAN, penggubal dasar, dan pakar industri untuk berbincang tentang usaha meningkatkan ketersambungan serantau dan global, di samping memupuk kemakmuran ekonomi.

Sebagai Pemula Kepada Pengerusi ASEAN 2025

Menurut laporan BERNAMA, Mesyuarat ATM dan STOM 2024 ini juga menjadi langkah awal Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025.

Jadi, penggunaan nombor plat putih pada MPV tersebut bukanlah pelanggaran undang-undang tetapi satu inisiatif sementara untuk acara rasmi peringkat antarabangsa yang penting.

Baca Juga:
Wanita tak tahan kena kacau dengan hantu di rumah sewa, bebel pasal masalah hidup, hantu terus hilang
‘Bimbong’ kucing cacat istimewa suka mendengar alunan ayat suci al-Quran
Lelaki dipecat kerana tertidur sejam ditempat kerja dapat pampasan RM215,000