Rupanya ini sebab kenapa ada cermin dalam lif yang ramai tak tahu

Photo of author

By Syima Iza

Rupanya ini sebab kenapa ada cermin dalam lif yang ramai tak tahu.

Setiap kali masuk ke dalam lif, perkara pertama yang kita perasan mesti cerminnya, betul tak?

Hampir semua lif, terutama di bangunan tinggi, dilengkapi dengan cermin yang besar. Kalau tiada cermin, rasa macam pelik pula, kan?

Rupanya ini sebab kenapa ada cermin dalam lif yang ramai tak tahu

Bagi kebanyakan orang, kewujudan cermin ini dianggap sebagai hiasan semata-mata. Terutamanya wanita, pasti berfikir, “Oh, untuk betulkan tudung, rambut, dan pakaian.”

Tetapi, pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa hampir setiap lif yang kita naik mesti ada cermin di dalamnya? Jika difikirkan secara logik, bukankah cermin itu tidak begitu diperlukan?

Hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa cermin dalam lif lebih daripada sekadar hiasan. Sebenarnya, ada sebab penting kenapa hampir setiap lif ‘wajib’ ada cermin.

Apa yang perlu anda tahu tentang kewujudan lif?

Untuk memahami rahsia di sebalik cermin dalam lif, kita perlu faham dahulu sejarah lif itu sendiri.

Lif moden yang kita gunakan hari ini adalah hasil daripada revolusi teknologi yang panjang.

Sejak zaman purba, manusia telah mencipta mekanisme untuk mengangkat barang berat ke tempat tinggi.

Namun, lif zaman dahulu sangat berbeza daripada lif yang kita gunakan sekarang. Ketika itu, lif hanya bergantung pada tali untuk naik dan turun. Kalau tali tersebut putus, bayangkan betapa mengerikannya jika jatuh dari ketinggian.

Difahamkan, lif yang lebih selamat mula wujud selepas seorang jurutera bernama Elisha Otis memperkenalkan sistem brek keselamatan pada tahun 1850-an.

Sistem brek ini menjadikan lif lebih selamat dan sesuai digunakan di bangunan tinggi.

Rupanya ini sebab kenapa ada cermin dalam lif yang ramai tak tahu

Jadi, kenapa perlunya cermin dalam lif?

Walaupun masalah lif jatuh telah diselesaikan, timbul pula cabaran lain, terutama bagi individu yang mengalami claustrophobia (takut ruang sempit). Di sinilah fungsi cermin dalam lif memainkan peranan penting.

1. Meredakan perasaan cemas dan claustrophobia

Cermin dalam lif membantu pengguna berasa lebih tenang.

Pantulan cermin memberikan ilusi ruang yang lebih luas, sekali gus mengurangkan rasa sempit dan ‘terkurung’. Ia juga dapat mengalihkan perhatian pengguna daripada memikirkan ruang kecil tersebut.

2. Meningkatkan keselamatan pengguna

Cermin membolehkan kita memerhati sekeliling dengan lebih jelas. Ini penting, terutama dalam lif yang sesak.

Melalui pantulan cermin, kita dapat mengesan pergerakan orang lain, sekaligus membantu mengelakkan insiden seperti kecurian atau gangguan fizikal.

3. Memudahkan pengguna kerusi roda

Bagi pengguna kerusi roda, cermin sangat membantu mereka memastikan posisi betul ketika keluar masuk lif tanpa perlu berpusing-pusing.

Ini menjadikan pengalaman mereka lebih selesa dan mudah.

4. Membantu pengguna mengangkut barang besar

Ketika mengangkat barang besar seperti perabot atau peralatan, cermin sangat berguna.

Pantulan cermin memudahkan kita memerhatikan pergerakan barang tersebut, sekali gus mengelakkannya daripada melanggar dinding lif atau pengguna lain.

Kesimpulan

Cermin dalam lif bukan sekadar hiasan atau tempat untuk mengambil gambar #OOTD. Ia adalah penyelesaian kreatif untuk meningkatkan keselesaan, keselamatan, dan pengalaman pengguna lif.

Jadi, lain kali anda masuk ke dalam lif, perhatikan cerminnya dan ingat bahawa ia lebih daripada sekadar pantulan diri anda!

Baca Juga:
Penyanyi wanita meninggal dunia selepas urut leher di kedai urut Thai
Terkejut lihat peniaga melayu jual apam balik pizza, ini reaksi 2 influencer dari Itali
Senarai 10 website yang paling banyak dilayari rakyat Malaysia pada bulan Oktober