Rupanya ini maksud disebalik daun sirih junjung dalam dulang hantaran.
Setiap kali menyediakan hantaran, sama ada untuk majlis pertunangan atau perkahwinan, sesetengah keluarga sering menyertakan sirih junjung sebagai salah satu item dalam hantaran kepada pihak pengantin.
Bagi sesetengah individu, dulang hantaran yang dihiasi dengan sirih junjung sering digandingkan dengan barangan berharga seperti cincin.
Namun, pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa daun sirih junjung digunakan? Bolehkah daun lain menggantikannya?
Maksud Di Sebalik Daun Sirih Junjung Dalam Hantaran
Menerusi sebuah video di TikTok (@thekejutan), seorang wanita yang merupakan pengubah dulang hantaran menjelaskan maksud di sebalik penggunaan sirih junjung dalam adat Melayu.
Menurutnya, sirih junjung berperanan sebagai ‘kepala adat’ ketika rombongan meminang tiba di rumah gadis yang ingin dilamar.
Malah, dulang daun sirih ini perlu diletakkan di barisan paling hadapan dalam rombongan sebagai simbolik penghormatan.
Jawapan kepada persoalan mengapa daun sirih digunakan dalam adat Melayu terletak pada sifatnya. Daun sirih yang tumbuh secara menjalar ini tidak merosakkan pokok lain.
@thekejutan Unik jugak ehh adat orang melayu #sirihjunjung #flowers #bunga #flowerbouquet #kedaibunga #floristmelaka #floristkualalumpur #klflorist #rafflorabythekejutan #bouquetbunga #wedding #nikah #hantaran #dulanghantaran #floristmurahmelaka #bungafreshmelaka #kedaibungamelaka #birthdaygiftmelaka #floristbandarmelaka #flowerdeliverymelaka #freshflowermelaka #klflorist #rafflorabythekejutan #bunga ♬ original sound – officialnohsalleh
Selain itu, rasa pedas daun sirih juga melambangkan bahawa wanita tidak boleh dihina walaupun bersifat lembut dan halus.
**“Maksudnya, ia memberikan gambaran rendah diri dan beradab. Sirih itu pedas rasanya, walaupun lembut dan halus, tetapi bukan bermakna boleh dihina.
“Atas dua nilai tersebut, sirih dijadikan simbol terbesar bagi keluarga lelaki yang datang meminang.
“Susunan daunnya yang tinggi melambangkan betapa tingginya hajat meminang. Ia juga membawa simbol bahawa lelaki datang dengan penuh rendah diri, dan keluarga gadis harus membalas dengan penghormatan tanpa penghinaan,”** jelas wanita tersebut.
Sirih Junjung Dalam Majlis Rasmi Negara
Menurut sumber daripada Perpustakaan Negara Malaysia, sirih junjung turut digunakan dalam beberapa majlis rasmi negara.
Jika sirih junjung digunakan dalam jumlah kurang daripada 10 pahar (bekas hantaran berkaki), rombongan itu akan diiringi dengan perarakan atau dijadikan hiasan untuk menyemarakkan majlis.
Selain itu, pada zaman dahulu, raja-raja Melayu menggunakan daun sirih sebagai alat istiadat dalam upacara pertabalan raja dan sultan, terutamanya di negeri Kelantan.