Rupanya ini fungsi butang “Emergency” di stesen minyak yang ramai tak tahu

Photo of author

By Syima Iza

Rupanya ini fungsi butang “Emergency” di stesen minyak yang ramai tak tahu.

Apabila berada di stesen minyak, perkara pertama yang dilakukan adalah pergi ke kaunter untuk membayar jumlah pengisian minyak atau memilih untuk melakukannya sendiri menggunakan aplikasi.

Sambil leka mengisi minyak, mata biasanya melilau melihat angka yang tertera di pam selain memperhatikan keadaan sekitar dengan pemikiran kosong. Namun, pernahkah anda ternampak butang berwarna merah yang terdapat di pam petrol ketika sedang mengisi minyak kenderaan?

Rupanya ini fungsi butang “Emergency” di stesen minyak yang ramai tak tahu

Sebagai manusia biasa, pasti anda tertanya-tanya tentang fungsi butang tersebut dan mengapa ia diletakkan di situ.

Perkongsian kali ini adalah untuk mengetahui fungsi kecemasan yang dimiliki oleh butang merah tersebut dan bila waktu yang sesuai untuk menggunakannya.

Dalam video yang dimuat naik oleh Petronas Sri Hartamas di Facebook, ia berkongsi kepada umum mengenai tindakan yang perlu diambil oleh orang ramai ketika berdepan dengan situasi kecemasan.

Fungsi kecemasan butang merah ini adalah untuk menghentikan aliran minyak secara automatik apabila ditekan. Setelah butang ini ditekan oleh pengguna, pengisian minyak akan terhenti dengan sendirinya.

Bila perlu menggunakan butang merah ini?

Apabila melibatkan minyak, sudah tentu terdapat risiko bahaya sekiranya tidak dikendalikan dengan baik. Di stesen minyak, pelbagai kejadian yang tidak diingini boleh berlaku. Oleh itu, terdapat dua situasi di mana butang merah ini perlu digunakan.

Tumpahan Minyak

Situasi pertama adalah apabila berlaku tumpahan minyak, seperti kereta yang terlebih minyak dan lain-lain. Kebiasaannya, punca tumpahan minyak ini disebabkan oleh kerosakan pada sensor yang terdapat dalam nozzle. Apabila kejadian ini berlaku, pengguna mestilah segera menekan butang berwarna merah untuk mengelakkan tumpahan minyak yang lebih banyak.

Kebakaran

Situasi kedua adalah jika berlaku kebakaran semasa anda sedang mengisi minyak. Kadang-kadang, kejadian ini sukar dijangka, oleh itu pengguna digalakkan untuk menekan butang merah. Perkara yang tidak boleh dilakukan adalah mencabut nozzle daripada tangki minyak. Pengguna perlu menekan butang merah kerana fungsi butang tersebut adalah untuk menghentikan aliran minyak dalam nozzle. Apabila butang merah ditekan, minyak akan berhenti dan kebakaran tidak akan menjadi lebih teruk.

Baca Lagi:
Nak cari hantu punya pasal, lelaki ini dihukum penjara 3 bulan
Sekumpulan individu berpakaian putih ‘Zikir’ di tanah perkuburan timbul tanda tanya
Ramai yang tak tahu, ini perbezaan kupu-kupu & rama-rama