Rupanya ini asal usul nama Proton Saga dicipta, ramai yang belum tahu

Rupanya ini asal usul nama Proton Saga dicipta, ramai yang belum tahu

Rupanya ini asal usul nama Proton Saga dicipta, ramai yang belum tahu. Kalau nak tahu, tercetusnya nama Saga ni apabila Proton membuat pertandingan mencari nama model pertama kereta mereka dan ia telah menarik ramai perhatian masyarakat Malaysia kerana mereka menerima 102,823 penyertaan.

Kalau dah beratus ni memang banyak la nama yang keluar, tapi keputusan akhir, Proton memilih tiga nama: Saga, Perdana dan Gagah. Akhirnya, mereka memilih Saga sebagai nama model pertama kereta. Oh ye bukan sorang je yang bagi cadangan nama Saga ni tapi 11 orang.

Kisah nama Saga ni bermula dari seorang sarjan bernama Sarjan Ismail Jaafar yang bertugas di Markas Tentera Dua Divisyen, Pulau Pinang.

Rupanya ini asal usul nama Proton Saga dicipta, ramai yang belum tahu

Pada waktu itu, beliau sedang melepak dan bermain sahibah bersama rakan-rakannya dan beliau menyusun perkataan ‘SAGA’ iaitu kalau maksud dalam bahasa Inggeris—kisah yang panjang mengenai seseorang hero (agak janggal ayatnya tapi ni nak buat cemana).

Keratan akhbar mengenai beliau menang pertandingan itu.

Daripada situ, beliau mendapat idea untuk memberikan maksud untuk setiap perkataan:

S: Safety, Stability.
A: Achivement.
G: Greatness.
A: Ability.

Takpela, lepas ni korang dah tahu frasa nama ‘Saga’ tu.

Jadi, dari situlah datangnya nama Proton Saga itu dan beliau dipilih sebagai pemenang bagi pertandingan itu.

Pengajarannya di sini, kalau korang ada idea menarik jangan simpan buat perkasam, tapi cuba kembangkan sampai ia menjadi satu kenyataan.

Baca Lagi:
Aku menyesal suruh isteri pergi klinik sendiri sebab demam, rupanya itu kali terakhir aku jumpa isteri..
Remuk hati! Isteri jumpa kondom dalam poket seluar suami lepas balik dari outstation
Isteri tidak mengenang budi suami, hutang keliling pinggang minta pula belikan kereta baru
CATEGORIES