“Rupanya bukan sebab curang”- Peguam dedah punca sebenar Fazura fail cerai terhadap Fattah Amin

Photo of author

By Syima Iza

“Rupanya bukan sebab curang”- Peguam dedah punca sebenar Fazura fail cerai terhadap Fattah Amin.

Peguam syarie yang mewakili pelakon Nur Fazura menafikan bahawa kecurangan menjadi punca anak guamnya memfailkan cerai terhadap suaminya, aktor Fattah Amin.

Memetik laporan Harian Metro, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan berkata perceraian itu berlaku kerana tiada persefahaman antara mereka dan langsung tidak melibatkan isu kecurangan.

"Rupanya bukan sebab curang"- Peguam dedah punca sebenar Fazura fail cerai terhadap Fattah Amin

“Selepas permohonan cerai dibuat, Fazura dan Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Malah dalam permohonan cerai yang dibuat, tiada langsung menyebut isu berkaitan kecurangan, sebaliknya ia berpunca kerana tiada persefahaman antara mereka,” katanya.

Fakhrul turut menambah bahawa kedua-dua pihak tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan isu kecurangan, sebaliknya perkara itu disensasikan oleh individu di media sosial.

“Semuanya berpunca daripada individu yang membuat kenyataan di media sosial mengenai perkara yang kami tidak pernah katakan.

“Kedua-dua pihak mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dengan baik tanpa mengaibkan mana-mana pihak,” jelasnya.

Baca Juga:
Macam tak percaya, ini tempat air terjun paling tertinggi di dunia
Umur bukan penghalang, warganet tergamam lihat Tun M pandu kereta di litar Sepang cecah kelajuan 145km/j
Netizen mahu lancar kempen boikot hotel yang tukar waktu ‘check-in 4PM, check-out 11AM’