Rupa-rupanya tersalah letak ‘key’ punca The Gadys nyanyi sumbang

Rupa-rupanya tersalah letak ‘key’ punca The Gadys nyanyi sumbang

Pengurusan The Gadys, Universal Music Malaysia dan Valient Music menjelaskan berlaku kesilapan teknikal ketika persembahan kumpulan itu semasa Anugerah KNKV Viral Award 2024 sehingga nyanyian mereka serba tidak menjadi.

Kata wakil syarikat, petugas belakang tabir tersalah meletakkan ‘key’ atau nada lebih tinggi berbanding ‘key’ asal yang sepatutnya melatari persembahan mereka pada malam itu.

“Apa yang berlaku sebenarnya ada sedikit kesilapan teknikal. Sewaktu latihan, mereka menggunakan minus one yang berbeza dengan ‘key’ lebih rendah.

Rupa-rupanya tersalah letak 'key' punca The Gadys nyanyi sumbang

“Namun, pada hari kejadian, pihak produksi menggunakan minus one mereka dengan ‘key’ yang lebih tinggi.

“Apa-apa pun kami tak salahkan produksi dan mengakui kesilapan daripada The Gadys sendiri,” ujarnya kepada HibGlam.

Pada masa sama, wakil pengurusan memaklumkan ketiga-tiga ahli The Gadys iaitu Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Cahn berlapang dada berdepan kecaman hebat netizen sejak rakaman video nyanyian mereka tular.

“The Gadys hanya kekal tenang berdepan dengan kritikan yang dilemparkan. Mereka ada baca komen tetapi lebih memilih untuk tidak memanjangkan isu.
“Mereka akui kesilapan dan akan berusaha untuk memantapkan lagi vokal selain mengikuti kelas vokal sebelum ini. Mereka akan tingkatkan lagi latihan,” kata wakil pengurusan.

Dalam pada itu, pihak pengurusan juga berharap orang ramai dapat memberi sokongan kepada kumpulan wanita itu supaya mampu menunjukkan persembahan lebih baik pada masa akan datang.

“Kami harap janganlah terus mengkritik sebaliknya berilah peluang kepada The Gadys untuk perbaiki lagi mutu nyanyian mereka,” jelasnya.

Baru-baru ini tular video nyanyian The Gadys menyampaikan lagu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian asal Ria Resty Fauzi, Cinta Sampai Mati (Raffa Affar), dan Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim) pada acara KNKV Viral Award 2024 yang ditayangkan menerusi RTM.

Namun, rata-rata netizen menyindir nyanyian mereka sumbang sehingga melabel mereka menggunakan kabel untuk muncul dalam program televisyen.

Baca Juga:
Bertudung tapi pakai seluar ‘Jorts’ kemudian mention muslimah, ramai netizen tak setuju
Pasangan muda ini belanja habis RM1.4 juta ‘renovate’ rumah teres terbiar, tak sangka ini hasilnya
“Abang aku rajin kemas rumah dan berkebun tapi hairan kenapa arwah mak selalu halau abang keluar rumah, rupanya…”
CATEGORIES