Rumahtangga musnah kerana terlalu mengejar syurga ibu. Waktu abang nak kahwin, Ma bagi ‘tips’ rumahtangga, “bila dah kahwin jangan mung sorang bayo, bini pun kena bayo belanje rumah. Bini mung kijo. Panda dio lah. Jangan putus bgi pitih ke ma kalau nak hidup berkat.” Sikap cemburu Ma pada Kak Nor tidak pernah berakhir, sehinggalah Ma berjaya hasut abang PJJ tinggalkan Kak Nor di bandar.
Abang saya merupakan anak sulong dan satu – satunya lelaki dalam keluarga kami. Kami sudah kehilangan bapa ketika masih kecil. Kami dibesarkan oleh ibu, datuk, bapa saudara dan ibu saudara sebeIah ibu yang tinggal bersama.
Mak dan bapa saudara selalu bantu dari segi kewangan. Ma adalah kakak sulong mereka. Kalau nak duit, Ma akan suruh minta pada mereka. Tahun berlalu, kami mula membesar, ibu saudara dan bapa saudara pun dah berkahwin dan sudah tinggal berasingan.
Datuk pun dah meninggaI, abanglah yang menjadi tulang belakang keluarga. Abang sambung belajar di salah sebuah IPTA. Selepas tamat belajar, dia dapat pekerjaan di KL. Gaji abang tak besar mana tapi setiap kali dapat gaji, Ma akan minta duit dari abang.
Duit sekolah kami adik beradik, abang yang tanggung. Seingat saya Ma tidak pernah langsung memberi duit kepada kami. Walaupun arwah ayah adalah pekerja kerajaan dan Ma menerima wang pencen arwah setiap bulan. Ma selalu cakap tak ada duit, tapi selalu ke kedai emas menambah barang kemas.
Ketika saya dapat tawaran sambung belajar di peringkat diploma, untuk pendaftaran, ibu kata “minta pitih ke abang mu, kalau tak dop, dok payah belajar.” Hati saya sedih, kerana saya tahu gaji abang untuk hidup di bandar besar memang tak cukup.
Saya pendamkan hasrat nak sambung belajar. Bila sampai ke pengetahuan abang, abang usahakan beri saya duit dengan buat pinjaman peribadi untuk perbelanjaan saya sementara saya dapat pinjaman pembelajaran. Bapa dan ibu saudara juga ada beri duit belanja kadang – kadang. Ma tak pernah pun.
Bila sampai jodoh abang, perangai Ma semakin pelik tambahan pula bakal isteri abang, (Kak Nor) bukan dari negeri kami malah jauh dari kami. Ma sangat risau abang berkahwin dengan orang luar. Saya masih ingat, ketika persiapan kahwin, Ma berpesan pada abang agar duit hantaran tu kongsi.
Jangan abang bayar sorang. Nak kahwin sama – sama, kata Ma. Dan Ma juga beri tips rumahtangga, “bila dah kahwin jangan mung sorang bayo, bini pun kena bayo belanje rumah. Bini mung kijo. Panda dio lah. Jangan putus bgi pitih ke ma kalau nak hidup berkat.”
Itu pesanan Ma kepada abang yang aku sangat – sangat ingat. Tapi yang peliknya kepada kami anak – anak perempuan dia, lain pulak nasihat dia, “duit hantaran laki yang kena keluar, duit gaji jangan wi ke tok laki. Belanja rumah, belanjo dapur tanggungjawab dia.
Tok laki kena bagi duit ke bini.” Aku masih ingat masa kenduri sebeIah kampung kami, aku carikan mak andam untuk make up Kak Nor. Dan mak aku tak berhenti pesan, “duit make up RM300 tu jangan mintak kat abang mung, mintak ke kak Nor dia yang nak make up”.
Itu lah Ma. Dia cukup irihati kalau duit abang guna untuk keperluan kak Nor. Ketika kak Nor bersalin, ingatkan hati dia sejuk sikit, tapi perangai Ma menjadi – jadi. Aku masih ingat ketika Ma ke KL untuk tunggu kelahiran anak abang, abang aku jaga Kak Nor di hospitaI, Ma di rumah. Ma sokmo call sambil menangis mengadu.
Kata Ma, kak Nor manja. Dan abang aku pentingkan kak Nor sebab jaga dia di hospitaI sedangkan Ma keseorangan di rumah. Tapi bila tanya abang, abang kata Ma dengan Ibu kak Nor. Tidak berseorangan. Masa tu aku belum berkahwin, dan tidak faham situasi, kadang – kadang aku terpengaruh dengan aduan Ma.
Banyak lagi lah perangai Ma. Aku tak tahu betapa besarnya kesabaran Kak Nor. Kerana dia seorang yang pendiam dan tidak bersuara. Setiap kali balik kampung, abang dan Kak Nor akan ikut saja aturan ibu. Kak Nor pernah bagi hint tentang rasa sedihya dengan sikap Ma.
Tapi aku cuba minta Kak Nor sabar, dan minta dia faham keadaan Ma sebagai ibu tunggal yang sayangkan anak lelaki tunggalnya. Bila aku sampai jod0h, kebetulan suami aku juga mempunyai ibu tunggal, dan suami aku juga anak lelaki tunggal aku jadi f0bia, takut sikap ibunya seperti Ma.
Tapi sangkaan aku meleset. Ibu mertua ku seorang yang sangat bertimbang rasa dan tidak pernah membebankan semua anak – anaknya. Berbanding Ma, kemahuannya besar, anak – anak kena penuhi semua kemahuannya tanpa dia peduli masalah kewangan anak – anaknya.
Dia sering mengungkit – ungkit tentang jasa dia besarkan kami tanpa ayah. Dan sering mengugvt hidup kami tak kan berkat kalau tak bagi duit pada dia. Tapi seingat aku, masa kecik bila kami minta duit, dia suruh minta pada bapa saudara dan ibu saud4ra aku.
Bila abang dah kerja, dia suruh minta pada abang pula. Dan aku juga tak kan lupa, di mana aku hampir tidak sambung belajar kerana Ma tak nak tanggung perbelanjaan sementara aku dapat pinjaman. Jadi peng0rbanan apa yang dia buat untuk kami?
Melainkan menambah barang emas di badannya dan menambah koleksi pinggan Correlle nya. Dia kata gaji kami bagi RM100 sorang pun dah cukup asalkan bagi. Bila bagi RM100, dia jaja pulak “wi 100 ke aku guane hidup nak berkat” dan kadang – kadang aku tertekan, gaji aku dan suami tak sebesar adik – adik lain, suami berniaga sendiri, kadang ada, kadang tak ade.
Suami adik beradik lain kerja tetap, besar. Ma sering bandingkan jumlah kecil yang aku beri dengan adik beradik lain yang beri sekurangnya RM400 sebulan pada dia. Gaji aku seorang masih cukup untuk keluarga kecil kami.
Tapi bila Ma mendesak duit dengan jumlah yang dia nak, aku jadi tertekan. Dulu aku tinggal dengan Ma. Walau aku juga membeli barang dapur, Ma masih tak puas hati dengan duit bulanan untuk dia. Aku sudah tinggal berasingan.
Ma tinggal dengan adik lain. Ma salahkan suami aku, bila aku tak beri duit dengan jumlah yang dia nak. Ma burukkan suami aku kepada adik beradik lain, kerana pendapatan suami kecil dari aku, dan Ma jatuhkan hukvm haram suami makan duit aku.
Padahal aku redha. Adik beradik pun memandang serong kepada kami. Tapi kalau dengan abang, lain pulak hukvm Ma. Ma kata Kak Nor gaji besar dia banyak duit Kak Nor yang kena keluar belanja untuk anak – anak dan abang kena utamakan Ma sebab Syurga Abang pada Ma bukan pada Kak Nor.
Sikap cemburu Ma pada Kak Nor tidak pernah berakhir. Bila dengar abang naik pangkat, Ma akan telefon abang minta tambah duit bulanan. Dah bagi RM500 pun tak cukup. Setiap kali nak besarkan rumah Ma, abang akan jadi mangsa.
Adik beradik lain pun hasut Ma suruh minta dari Abang. Bila aku nasihatkan, mereka akan mencemuh aku. Abang terpaksa buat pinjaman peribadi lagi dan lagi untuk menampung kehendak Ma. Ma tidak mahu faham apa kesan pinjaman peribadi tu. Yang dia tahu, apa dia nak, dia dapat.
Dua tahun lepas Kak Nor kehiIangan bapa. Ma menyangkakan ibu kak Nor akan tinggal dengan Kak Nor di KL, Ma mula menghasut abang supaya balik kampung cari kerja di kampung. Tapi cara Ma tak nampak menghasut. Kak Nor dan abang mungkin menyangka niat Ma baik.
Alasan Ma, kos hidup di kampung lebih murah dan lebih dekat dengan keluarga. Tapi aku kenal sangat Ma aku tahu niat sebenarnya. Pelbagai usaha Ma lakukan. Ma meminta kami adik beradik dan sepupu- sepupu kami maklumkan kepada abang kalau ada jawatan kosong di negeri kami.
Setelah setahun berlalu, akhirnya Abang menerima satu jawatan di sebuah syarikat di negeri kami. Bermulalah episod kehidupan PJJ antara abang dan isteri serta anak – anak. Tidak perlu saya huraikan konfIik antara mereka, akhirnya Kak Nor memfailkan penceraian dan berakhirlah hubungan mereka.
Sekarang Kak Nor bukan lagi isteri abang. Ma pada mulanya menangis tersedu – sedu atas keputvsan Kak Nor, sekarang tersenyum gembira kerana abang ada di samping dia. Kalau abang di pejabat, dia nak sesuatu dari abang, abang kena balik la la tu jugak. Itu lah Ma.
Dia tau hati abang lembut untuk dia. Kehidupan abang semakin kusut. Saya tahu abang masih sayangkan Kak Nor. Bila Abang tinggal dengan Ma, baru Ma faham tentang hutang pinjaman peribadi yang abang kena tanggung.
Tapi Ma tak membantu, malah Ma suruh Kak Nor faham keadaan kewangan abang yang tak mampu bayar nafkah anak – anak. Tapi duit bulanan untuk dia, tak boleh miss, Ma sekarang sedang mencari jod0h untuk untuk Abang.
Aku sendiri tak faham kenapa Abang terlalu mengikut cakap Ma sehingga punah rumahtangga dia. Ma pandai bermain drama sedih yang buat Abang serba salah dan lemah. Orangnya bertudung labuh,. Sokmo ke surau belajar agama. Kerap menunaikan umrah. Tutur katanya lembut tapi hatinya buruk.
Kadang – kadang aku menghubungi Kak Nor bertanya khabar. Jauh di sudut hati aku, aku nak peIuk kak Nor erat – erat. Tapi dalam masa yang sama aku jadi malu dengan sikap ibu sendiri pada Kak Nor. Bila aku lihat abang terpaksa berjauhan dengan anak – anaknya hati aku sebak. Kerana terlalu mengejar syurga ibu, kewajipan abang pada anak isteri terabai, rumahtangga abang musnah.
Komen Warganet :
Nor Shawana : Sedihnya kisah saudari ni, semoga Allah beri kekuatan pada kak Nor. Semoga Allah beri petunjuk pada mak saudari untuk berubah. Memang betol syurga anak lelaki di bawah tapak kaki ibu tapi kalau abaikan tanggungjawab pada isteri dan anak – anak macam mana nak masuk syurga?
Song Onim Circle : Mak kau menakutkan, dahlah duit anak yatim dia guna pakai (bahagian anak dari pencen suami, dia guna untuk kepentingan peribadi tanpa tanggung anak – anak yang masih bersekolah). Dah tu jadi peruntvh rumahtangga anak sendiri. Agaknya mak kau ingat ner4ka tu sejuk kot.
Fizzah Nafisya Damia : Salah abang kau jugak, kejar syurga tapi belajar agama tak nak, kan dah aniaya anak orang lain dan anak dia. Mak kau pun mak h4ntu, kej4m! Esok – esok emas boleh bawa mati kot. Tak bersyukur Allah bagi anak – anak yang baik – baik.
Aieshah Ismail : Alhamdullilah, Kak Nor dah bahagia. Semoga Kak Nor terus dimewahkan rezeki. Nasihatkan abang supaya tidak berkahwin buat masa terdekat. Suruh bahagiakan ma dulu sebab risau nak menjawab di akhirat kelak sebab tanggungjawab nafkah yang tergantung tu. Tak nak la nanti menambah lagi lepastu ma suruh abang berbakti pada ma dulu..
Aletta Litts : Bagi pendapat saya, sepatutnya tt suruh abg pergi kaunseIing, belajar tentang apa fungsinya dia sebagai anak kepada mak korang, lelaki, bapa kepada anak – anaknya, suami kepada isterinya dan abang kepada adik – adiknya.
Sekiranya dia pergi kaunseIing dia tak la menanggung segala beban yang ada sekarang sebab jalan yang dia pilih sekarang ni pun tak membawa dia ke mana – mana sebab anak bini dia terabai dek kerana sibuk mengejar syurga dia seorang. Kesian abang dan kak ipar awak. Mak awak tu pun sepatutnya kena bawa kaunseIing juga.