Rumah berhantu beri petunjuk nombor ramalan diserbu penduduk kampung

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah rumah terbiar di daerah Khwao Sinarin, wilayah Surin yang didakwa berhantu menjadi tumpuan penduduk setempat yang berkunjung untuk mendapatkan nombor ekor, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Rumah itu terbiar kosong selama lebih dua tahun selepas kematian pemiliknya.

Penduduk berkata, mereka kerap melihat lembaga menyerupai mendiang mundar-mandir di rumah itu pada waktu malam.

Rumah berhantu beri petunjuk nombor ramalan diserbu penduduk kampung

Dalam beberapa temu bual, saudara-mara mendiang mengesahkan kejadian aneh yang dilaporkan selain mendakwa bahawa mereka percaya ia adalah roh lelaki tersebut.

Kini, hartanah itu menjadi lokasi penduduk setempat yang datang untuk meminta nombor ramalan.

Saudara perempuan mendiang, Chittra Klaokla berkata, abangnya meninggal dunia secara mengejut dua tahun lalu.

Ketika mengadakan upacara kematian, mereka mengalami pelbagai kejadian menyeramkan seperti bunyi mangkuk dan periuk belanga diketuk.

Orang ramai yang datang ke rumah mendiang untuk melakukan upacara meminta nombor mendakwa bahawa mereka diberi petunjuk daripada entiti tidak diketahui mengenai nombor ramalan.

Baca Juga:
Pelajar buat kejutan usung TV waktu malam bagi hadiah pada cikgu sebab dapat ‘score’ subjek SPM
Pekerja kedai serbaneka warga asing dicekup orang ramai kerana intai rakan sekerja
Pelajar tayang result SPM 6G 2T dengan ‘caption’ bangga buat netizen rasa pelik