Rumah baru dibina, suami nekad robohkan rumah sebab isteri kantoi curang

Photo of author

By Syima Iza

Rumah baru dibina, suami nekad robohkan rumah sebab isteri kantoi curang.

Sebuah rakaman video dan gambar memaparkan sebuah rumah di Indonesia dirobohkan dengan jengkaut menjadi tular di media sosial semalam.

Masalah rumah tangga dikatakan menjadi punca kejadian perobohan kediaman di Desa Pengkolan, Kauman di Ponorogo, Jawa Timur tersebut.

Rumah milik pasangan dikenali sebagai H, 35, dan NW, 32, itu dirobohkan kerana perselisihan berlaku antara mereka.

Jurucakap pihak berkuasa memaklumkan, lelaki tersebut yang bekerja di Korea menuduh isterinya curang hingga hamil sewaktu ketiadaannya.

Rumah baru dibina, suami nekad robohkan rumah sebab isteri kantoi curang

“Rumah tersebut dibina hasil titik peluh H. Dia mungkin terlalu marah hingga nekad berbuat demikian,” ujarnya.

Kejadian perobohan rumah pasangan itu turut mendapat perhatian dan dirakamkan penduduk setempat.

Pada Januari lalu, kejadian sama pernah dilaporkan di Kecamatan Watulimo, Trenggalek, Jawa Timur.

Punca tindakan merobohkan rumah itu dibuat selepas wanita dikenali sebagai SE yang bekerja di Malaysia selama kira-kira 10 tahun meminta cerai secara tiba-tiba selepas kembali ke kampung halamannya.

Baca Lagi:
Rakyat boleh beli cermin mata ‘Rahmah’ serendah RM50 di 96 cawangan MOG Eyewear
Artis jelita mengaku berbogel dalam filem hantu
Wanita menangis mengadu letih lepas seminggu kahwin