Difahamkan, banglo milik Biduanita Negara iaitu Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang sebelum ini mewah terletak di belakang hotel di Petaling Jaya sudah pun dirobohkan.
Tiada lagi rumah agam arwah Sharifah Aini. Rumah agam dua tingkat milik arwah hanya tinggal longgokan pecahan batu setelah ‘dihancurkan’ oleh jengkaut atas permintaan pemilik baru tanah terbabit.
Yang dahulu menjadi ‘syurga’ buat Biduanita Negara itu diami, kini cuma bersisa tembok batu coklat kiri dan kanan yang tertera nombor rumah tersebut, 42, manakala pintu gah berwarna hitam sudah digantikan dengan zink hijau menandakan kerja kontraktor sedang dijalankan.
Difahamkan dari laporan Hib Glam, pemilik terbaru bertindak merobohkan rumah agam itu kerana mahukan tanah saja, bahkan dikatakan turut membeli lot tanah sebelah kediaman itu.
Melalui info yang didapati daripada kenalan arwah, individu itu menyatakan barangan peribadi Sharifah Aini terutamanya berkaitan kerja seninya sudah pun dipindahkan ke tempat lain.
“Setahu saya semua barangan peribadi terutama trofi serta hadiah penghargaan yang diterima sudah disimpan di tempat selamat selepas tiga tahun rumah itu berada dalam pasaran,” katanya.
Sekadar info, Aliff iaitu anak lelaki Allahyarham mengambil tindakan untuk menjual rumah agam itu kerana terlalu besar untuk empat beranak berteduh, selain kos penyelenggaraan terlalu tinggi.