Ruhainies nak tutup buku, tidak lagi berhubung dengan Aliff Aziz

Photo of author

By Syima Iza

Pelakon yang mencetuskan kontroversi, Ruhainies, mengesahkan bahawa dia sudah tidak lagi berhubung dengan Aliff Aziz susulan kontroversi yang mengaitkan nama mereka selama hampir dua bulan kisah mereka hangat diperkatakan.

Ruhainies menyatakan bahawa dia tidak mahu memanjangkan kontroversi tersebut dan hanya ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya pada masa kini.

” Saya sudah tidak lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku.

Ruhainies nak tutup buku, tidak lagi berhubung dengan Aliff Aziz

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh ‘move on’. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi. Jadi fokus saya sekarang adalah kerjaya. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka FiziWoo, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Ruhainies yakin bahawa isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah sudah mengetahui mengenai permohonan maafnya yang dibuat secara terbuka menerusi program hiburan Melodi.

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh ‘move on’. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi,” katanya.

Apabila ditanya mengenai dakwaan bahawa dia berkomplot dengan Aliff untuk menjatuhkan isteri Aliff iaitu Bella Astillah, Ruhainies enggan mengulas pandangan orang luar mengenai perkara tersebut.

“Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tidak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat.

“Benda itu di luar kawalan saya. Saya tidak mahu tegakkan apa-apa lagi,” katanya.

Krisis Aliff dan Ruhainies mula menjadi perbualan ramai apabila mereka ditangkap kerana khalwat di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Tidak lama selepas itu, muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Sarah dilihat menyebarkan segala perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies yang mendakwa mereka bercinta, selain dikatakan menggunakan Aliff untuk menjatuhkan Bella.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Baca Juga:
Suspek simbah asid pada Faisal Halim berjaya dicekup, direman 2 hari
“Kenapa saya nak rancang macam itu?” – Bella nafi rancang tangkap Aliff Aziz, Ruhainies
Kena ada gaji RM9,000 baru boleh kahwin, respon wanita ini buat netizen terkedu