Ruang solat tertinggi di dunia ‘Sky Mussallah’ dibuka di Mekah

Ruang solat tertinggi di dunia ‘Sky Mussallah’ dibuka di Mekah

Ruang solat tertinggi di dunia ‘Sky Mussallah’ dibuka di Mekah.

Sebuah ruang solat tertinggi di dunia dengan pemandangan jelas menghadap Kaabah dan Masjidil Haram dibuka di hotel mewah Address Jabal Omar Makkah.

Diberi nama Sky Mussallah atau Mussollah di Langit, ruang solat itu terletak dalam jambatan penghubung antara dua bangunan pada ketinggian 483 meter dari paras laut.

Ruang solat tertinggi di dunia 'Sky Mussallah' dibuka di Mekah

Lokasi itu disahkan dalam buku Rekod Dunia Guinness sebagai ruang solat tertinggi dalam jambatan langit.

“Mussollah sedemikian merupakan titik cerapan hebat bagi para tetamu untuk menyelami kerohanian mereka sambil menikmati pemandangan mercu tanda indah di Mekah.
“Ia direka khas bagi membina hubungan dengan suasana persekitaran, menawarkan pemandangan Masjidil Haram serta Kaabah,” jelas hotel tersebut dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, ruang solat seluas 550 meter persegi itu mampu memuatkan sehingga 520 orang.

Bahagian dalaman Sky Mussallah menampilkan gabungan pesona Arab purba dan kemewahan kontemporari, terutama kaligrafi Arab.

Setiap hasil kaligrafi menceritakan kisah tentang nama-nama Allah SWT yang berbeza untuk mengindahkan ruangan itu dengan warisan Islam.

Baca Juga:
Kecoh haiwan paling ‘rare’ ditemui di Saujana Impian
Malin Gunung kongsi pengalaman aneh bawa pendaki ke puncak Gunung Tahan
Isu makanan berulat masa perkahwinan Putera Mateen, ini penjelasan Menteri Brunei
CATEGORIES