Roti canai laku keras, pelanggan terpaksa masak sendiri di kedai

Photo of author

By Syima Iza

Roti canai laku keras, pelanggan terpaksa masak sendiri di kedai.

Sarapan pagi rakyat Malaysia tidak lengkap tanpa roti canai. Kerangupan roti yang bergabung dengan kepekatan kuah kari atau kuah dal menghangatkan perut di pagi hari.

Biarpun hidangan ini nampak ringkas dengan menggunakan tepung, air, telur dan ghee, doh perlu ditebar beberapa kali bagi menghasilkan tekstur yang lembut di dalam, rangup di luar.

Roti canai laku keras, pelanggan terpaksa masak sendiri di kedai

Tahun lalu, roti canai dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia oleh TasteAtlas dengan 4.7 daripada 5 bintang. Namun, kedudukan tersebut tidak kekal apabila tahun ini, roti tradisional dari Colombia, pan de bono, menduduki tempat pertama senarai tersebut. Tahun ini, roti canai jatuh ke tangga keempat daripada 100 jenis roti terbaik di dunia.

Sebelum ini juga, media pernah melaporkan sebuah syarikat di Singapura menawarkan gaji setinggi RM5,000 sebagai pembuat roti canai dari Malaysia.Tidak terhenti di situ, roti canai kini mendapat tempat di hati warga Indonesia.

Baru-baru ini, tular sebuah gerai penjaja di negara seberang yang menjual roti canai dan kuah kari sebagai sarapan pagi dikerumuni orang ramai. Doh roti yang dikeluarkan dari bekas, dicanai sedikit kemudian terus dimasak bersama secalit mentega.

@minboss_kuliner GOCENG dapat Dua!! Roti Canai Badui, kalo kesini siap-siap antri kelen kalo gak sabar masak aja sendiri 🤣🤣 📍 Jl. Ringroad Medan (depan Raja Sambal Cobek) _______________________________ Pasukan Engkol! Gasskan teross! Follow juga: Tiktok, Youtube & Facebook: @minboss_kuliner untuk informasi rekomendasi kuliner, hiburan, liburan & jalan-jalan Indonesia 💛#kulinermedan #jajananmedan #kulinerlabuhanbatu #medanhits #infokuliner #medan #cafemedan #wisatamedan #reviewmedan #kulinerhalalmedan #influencermedan #minbosskuliner #kulinerrantauprapat #kulinertebingtinggi #kulinerlabusel #kulinerbinjai #kulinerkisaran #jajananviral #kulinerviral #liburan #foodvloggermedan #pecintakuliner #makanantradisional #idejualan #roticanai ♬ suara asli – Minboss Kuliner 🍳🍡

Sedikit kelainan berbanding di Malaysia, roti canai tersebut dijual dengan taburan gula sebagai topping. Roti canai yang sudah masak direnyukkan sebelum dibungkus untuk pelanggan.Menerusi video tersebut, gerai penjaja yang dikenali sebagai Roti Canai Baidu itu dipercayai bertempat di Jalan Ringroad Medan. Biarpun perniagaan tersebut mula beroperasi dari jam 8 sehingga 11 pagi, pelanggan bersilih ganti mengerumuni gerai itu.

Malah, disebabkan permintaan yang tinggi, penjaja yang tidak menang tangan turut dibantu oleh pelanggan yang secara sukarela membalik-balikkan roti canai di atas dapur. Video berdurasi lebih satu minit itu kini mendapat lebih 300 ribu tontonan.

Baca juga:
Suami cerai isteri selepas lahir anak kulit gelap
Rupanya ini rahsia terbesar kejayaan orang cina jadi kaya
Doktor ajar cara paling selamat nak jadi kaya, labur RM100 boleh dapat RM100k