Roti canai kosong RM9 sekeping di hotel 5 star Genting Highland, netizen mahu KPDN serbu, siasat

Photo of author

By Syima Iza

Roti canai kosong RM9 sekeping di hotel 5 star Genting Highland, netizen mahu KPDN serbu, siasat.

Di musim cuti sekolah, ramai ibu bapa membawa anak-anak bercuti di pusat peranginan untuk berehat dan meluangkan masa bersama.

Namun ada pula sesetengah pengusaha kedai makan atau restoran yang dikesan mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang mahal kononnya terpaksa berbuat demikian kerana harga bahan mentah meningkat.

Roti canai kosong RM9 sekeping di hotel 5 star Genting Highland, netizen mahu KPDN serbu, siasat

Hari ini tular di media sosial, seorang lelaki meluahkan rasa terkejut apabila dia dikenakan caj yang mahal untuk makan di sebuah kafe hotel di Genting Highland.

Berdasarkan resit yang dikongsikan, pengadu memesan nasi lemak, roti telur, roti kosong dan dua lagi add on lain. Jumlah keseluruhannya (dengan cukai perkhidmatan 6%) adalah sebanyak RM42.45.

Terkejut dengan harga yang dikenakan, pengadu memeriksa semula resit berkenaan dan mendapati sekeping roti kosong berharga RM9, manakala nasi lemak RM10 sepinggan dan roti telur RM11.

“Roti di awangan berterbangan. Roti 1,800 meter,” tulis pengadu.

Walaupun begitu, ada netizen yang memaklumkan harga di kafe hotel bertaraf lima bintang berkenaan sememangnya begitu. Tambahan pula hotel tersebut pernah tersenarai dalam Guinness World Records (Largest Hotel).

“Tempat I ni, perkara biasa. You belum kena lagi nasi kosong dengan ayam goreng saja RM16.90. Lagi kayangan kan harga,” kata netizen.

“Melampaulah harga macam ni. Hotel 5 star ka, 4 star ka, mana logik letak harga macam ni? Mohon KPDN pergi serbu dan siasat,” tambah netizen lain.

Baca lagi:
Selepas tular sotong manis dijual harga RM50, pemilik restoran tampil beri penjelasan
Pelanggan terkejut, nasi putih RM2.50 sepinggan, sup tulang RM19
Wanita terkejut runner di Kelantan caj RM50 servis hantar makanan, alasannya buat ramai marah