Roti canai dinobatkan hidangan kedua terbaik dunia

Roti canai dinobatkan hidangan kedua terbaik dunia

Roti canai dinobatkan hidangan kedua terbaik dunia.

Roti canai yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa telah dinobatkan hidangan kedua terbaik dunia dalam kalangan 100 senarai hidangan yang dikeluarkan TasteAtlas.

TasteAtlas merupakan sebuah laman antarabangsa yang menjadi panduan pelancongan dalam talian mengeluarkan carta 100 hidangan terbaik dunia.

Roti canai dinobatkan hidangan kedua terbaik dunia

Ia berdasarkan ukuran dalam kalangan 10,927 katalog hidangan mengikut 395,205 rating pengguna untuk memilih 100 hidangan terbaik.

TastleAtlas juga menamakan Nasi Kandar Pelita, Tg’s Nasi Kandar dan Sri Nirwana Maju sebagai restoran ikonik untuk menikmati roti canai.

Roti canai berada kedudukan kedua selepas hidangan Picanha dari Brazil manakala Phat kaphrao yang merupakan juadah kegemaran rakyat Thailand pula pada tangga ketiga dalam kalangan 100 senarai dikeluarkan.

Pada September lalu, roti canai pernah diiktiraf sebagai roti terbaik dunia oleh TasteAtlas yang menerbitkan carta 50 teratas Roti Terbaik di Dunia.

Roti canai adalah roti leper goreng yang popular di Malaysia, diadun dengan tepung, minyak sapi atau minyak sayuran dan garam.

Doh diuli beberapa kali bagi membentuk lapisan sebelum menjadi tekstur yang lembut dan gebu di bahagian dalam dan rangup di lapisan luar.

Baca lagi:
“Minta maaf, suami saya memang panas baran, tak boleh dengar orang rem ekzos motor” – Isteri pegawai kanan polis
Tak sampai 10 minit habis licin! Nasi lemak air tangan pelajar Malaysia di Jerman pikat 500 tetamu antarabangsa
Pengunjung pasar awam gempar wanita bogel atas tangki air
CATEGORIES