Ronaldo disaman doktor kosmetik kerana tak bayar bil berjumlah RM224,000

Photo of author

By Syima Iza

Ronaldo disaman doktor kosmetik kerana tak bayar bil berjumlah RM224,000.

Bintang terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo disaman oleh seorang doktor kosmetik selepas didakwa tidak membayar bil sebanyak RM224,000.

Dr Roshan Ravindran, yang lebih dikenali sebagai Dr Rosh, mendakwa bekas bintang Manchester United itu belum membayar kos rawatan yang diberikan ketika pemain itu berada di Old Trafford pada 2021 dan 2022.

Ronaldo disaman doktor kosmetik kerana tak bayar bil berjumlah RM224,000

Bekas pakar jantung itu pakar dalam mengendalikan rawatan seperti botox, filler, penjagaan kulit, dan rawatan kening.

Beliau menamakan Ronaldo dalam borang rasmi mahkamah, namun tidak menyebut nama pasangan bintang itu, Georgina Rodríguez.

Dakwaan tersebut turut menyatakan bahawa beliau memberikan perkhidmatan kepada Ronaldo “dan ahli keluarga bersama pengiring” di kliniknya di Cheshire.
Ketika ditanya mengenai perkara itu, Dr Rosh berkata, “Prosedur undang-undang sedang berjalan dan sebagai seorang profesional, saya tidak bercakap mengenai pesakit saya.”

Sumber mengatakan, “Dr Rosh adalah seorang doktor yang dihormati dan pakar di sebalik figura penting termasuk ahli politik terkemuka, kerabat diraja, bintang sukan, dan ikon Hollywood.”

“Dr Rosh adalah pilihan nombor satu untuk prosedur seperti botox dan filler. Kliennya menghargai kerahsiaan dan juga rawatan bertaraf dunia.”

Baca Lagi:
Ditipu rakan baik, Dr Rozmey dedah kisah jual Ferrari RM80,000
Lelaki terkejut sudu, garpu dikenakan caj RM1 ketika makan di restoran
Wanita cantik dari Pantai Timur cari pemilik al-Quran tafsir selepas 9 tahun