Rombongan keluarga berkelah tepi tol kena halau dengan polis

Photo of author

By Syima Iza

Rombongan keluarga berkelah tepi tol kena halau dengan polis.

Sebuah video tular di media sosial memaparkan perbuatan sekumpulan individu yang makan di bahu jalan di sebuah lebuh raya di Indonesia, lapor portal berita Okezone hari ini.

Dalam video tersebut, kumpulan dikatakan pelancong tempatan itu santai duduk di bahu jalan selepas memberhentikan kenderaan mereka.

Rombongan keluarga berkelah tepi tol kena halau dengan polis

Sedang enak menikmati makanan, sebuah kereta peronda polis menghampiri lalu mengarahkan mereka supaya beredar.

“Sila kemaskan semua barangan anda dan makan di kawasan rehat yang lebih selamat,” kata anggota polis.

Kumpulan itu kemudian mengemas barangan mereka, namun salah seorang didengari berkata: “Mahu makan pun tak boleh.”

Mendengar keluhan itu, anggota polis berkenaan memberikan penjelasan secara tegas mengenai bahaya yang menanti akibat perbuatan mereka.

“Bukan salah makanan tetapi tempat ini dilarang (untuk makan) kerana ia berbahaya,” kata polis.

@uzoneindonesia Sebuah friendly reminder untuk kita semua, apalagi yang masih liburan sampai tahun baru nih! #jalantol #liburan #infoterkini ♬ Milk Tea – Official Sound Studio

Plaza tol Cipali yang berada hampir dengan lokasi tersebut dilaporkan sering berlaku kemalangan.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Berani betul makan bekal yang dibawa di situ,” kata seorang netizen.

“Berpiknik di tol,” kata pengguna lain.

Baca Juga:
Samseng jalanan rempuh gerai makan tepi jalan setelah dikepung polis
Influencer yang patut dicontohi, sanggup pulangkan bayaran ‘jenama diboikot’ kerana takut makan duit tak berkat
Cucu buang barang kemas milik nenek bernilai RM270,000 selepas disangka sampah