Rombakan kabinet esok! Ada kejutan…

Photo of author

By Syima Iza

Rombakan kabinet esok! Ada kejutan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka mengumumkan rombakan Kabinet esok.

Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan yang terbabit dengan rombakan itu dijadualkan berlangsung di Istana Negara, pada jam 2.30 petang..

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka umum rombakan Kabinet esok

Majlis yang akan berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disenaraikan oleh BERNAMA untuk liputan media rasmi sahaja.

Rombakan itu dijangka menyaksikan beberapa perubahan atau pertukaran menteri dan timbalan di beberapa kementerian.

Difahamkan, rombakan dijangka menyaksikan kemunculan beberapa muka baharu dan lama kembali mengisi kedudukan dalam Kabinet dan senarai Timbalan Menteri.

Antara yang disebut-sebut bakal terbabit dalam rombakan itu adalah Timbalan Menteri Pertahanan, Adli Zahari, yang juga Naib Presiden AMANAH.

Ketika ini, jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga Timbalan Presiden AMANAH, pada Julai lalu.

Sumber

Baca Lagi:
Bilionair ketujuh terkaya di Malaysia meninggal dunia
“Nama tak boleh umum lagi” – MP Bukit Gantang dedah ada tujuh, lapan ahli Parlimen PN bersedia sokong Anwar
Lebih RM138,000 tiba-tiba masuk akaun, lelaki jujur ini pulangkan semula wang kepada bank