Rohingya buka kebun sayur di tanah milik kerajaan

Photo of author

By Syima Iza

Kumpulan etnik Rohingya di Taman Jujur, Sikamat, dengan sewenang-wenangnya membuka kebun di tanah kosong seluas 0.2 hektar (setengah ekar) milik kerajaan berhampiran taman perumahan itu.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan lapang berhampiran Lorong Jujur Kanan 10 mendapati terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran seperti terung, cili, kunyit, serta pisang yang ditanam di situ.

Malah, alat penyembur air juga dipasang dengan sambungan dari sebuah rumah yang dipercayai didiami etnik berkenaan.

Rohingya buka kebun sayur di tanah milik kerajaan

Seorang penduduk mendakwa sering melihat beberapa lelaki etnik tersebut bercucuk tanam di situ, namun tidak menghiraukannya kerana tidak mengetahui status tanah berkenaan.

Bertindak atas aduan awam, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban telah mengambil tindakan membersihkan kawasan tersebut selepas pemeriksaan mendapati ia adalah tanah milik kerajaan. Timbalan Pentadbir Tanah Seremban, Isnizawati Muhammad Khairudin, mengesahkan tanah tersebut diwartakan sebagai kawasan lapang di bawah kawalan kerajaan negeri.

“Berdasarkan rondaan berkala dan aduan yang diterima menerusi video yang tular di aplikasi TikTok, kami sahkan berlaku pencerobohan. Kami dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), polis, dan Pusat Khidmat Dun Sikamat telah melakukan pembersihan hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Ujar beliau, siasatan lanjut mendapati tanaman tersebut bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya hanya untuk kegunaan sendiri etnik Rohingya yang tinggal di kawasan itu.

“Ia membabitkan dua lot tanah seluas kira-kira 5,000 meter persegi dan semakan mendapati memang tiada sebarang permohonan dibuat. Kes ini akan diambil tindakan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Pemilik rumah yang menjadi sumber air kepada aktiviti berkebun di situ akan diberikan surat peringatan dan pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) akan mengambil tindakan juga,” katanya.

Baca Juga:
“Betul-betul jakpot”- Cleaner jumpa duit RM38,000 dalam rumah yang pemilik sudah meninggal dunia
Wanita tak puas hati tengking anggota pihak berkuasa tuntut sewa rumah PPR yang tertunggak
Gelagat warga asing curi duit tabung masjid macam ‘pomen kereta’