Rogol anak tiri, pengajar kelas renang dihukum penjara 263 tahun, 20 sebatan

Photo of author

By Syima Iza

Rogol anak tiri, pengajar kelas renang dihukum penjara 263 tahun, 20 sebatan. Seorang pengajar kelas renang dihukum penjara berjumlah 263 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka hari ini atas 32 pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap anak tiri perempuannya yang kini berusia 16 tahun, sejak tiga tahun lepas.

Lelaki berusia 36 tahun itu dikenakan hukuman tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam dua prosiding berasingan di hadapan hakim Dharmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman terhadap tertuduh berjalan secara serentak selama 35 tahun bermula dari tarikh dia ditangkap pada 8 April lepas.

Rogol anak tiri, pengajar kelas renang dihukum penjara 263 tahun, 20 sebatan

Tertuduh mengaku bersalah merogol anak tirinya membabitkan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 376(2)(D) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Tertuduh turut mengaku bersalah atas lapan tuduhan di bawah Seksyen 377 CA kanun sama kerana melakukan seks menggunakan objek tanpa kerelaan mangsa sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Bagi 12 pertuduhan lagi, tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja terbabit.

Tertuduh juga mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan kerana merogol mangsa sama setelah usianya melepasi 16 tahun.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara Januari 2020 sehingga 14 Mac 2023 lalu iaitu sejak mangsa berusia 13 tahun di sebuah taman perumahan di Jasin.

Pendakwaan dikendalikan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya N Siva Shangari dan Muhammad Nazrin Ali Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca Lagi:
Rahsia ayah simpan ribuan ringgit selama 13 tahun terbongkar lepas anak tak sengaja pecahkan pasu hiasan di ruang tamu
Tiga penjawat awam dicekup berkhalwat dengan pelacur selepas isteri buat aduan
Ramai tak tahu rupanya penyanyi no.1 negara Siti Nurhaliza dulu penjual kuih