Sebuah robot humanoid di Arab Saudi mencetuskan kontroversi, gara-gara ‘menyentuh’ seorang wartawan wanita ketika program siaran langsung.
Rakaman ketika acara DeepFest pada minggu lalu menunjukkan robot tersebut yang membuat kemunculan pertama di khalayak umum menghulurkan tangannya dan dikatakan cuba membuat ‘sentuhan’ tidak wajar.
Wartawan itu juga terkejut dan bertindak balas selepas ‘disapa’ sedemikian.
Klip yang telah meraih lebih 800,000 tontonan di media sosial itu turut mengundang pelbagai reaksi malah ada yang mendakwa robot yang juga penutur dwibahasa itu melakukan ‘gangguan secara fizikal’ dan menggelarnya sebagai ‘robot gatal’.
Meskipun berdepan banyak komen negatif, terdapat juga pengguna media sosial yang mempertahankan robot berkenaan dan percaya ia mungkin ada kaitan dengan masalah teknikal hingga ia bertingkah-laku sedemikian.
“Pereka robot itu perlu mengenal pasti isu sebenar,” kata seorang warganet.
@physicsisfun0 Saudi Arabia unveiled its first male humanoid robot, ‘Muhammad,’ at an event in Riyadh. However, there’s controversy surrounding a video clip that went viral. In the video, reporter Rawya Kassem is talking about the robot when it extends its hand toward her back, making her uncomfortable. Kassem quickly raises her hand to signal her discomfort. #saudiarabia🇸🇦 #robot #physicsfun ♬ original sound – Physics Is Fun
Difahamkan, robot itu dihasilkan QSS Systems di bawah inisiatif negara untuk menunjukkan kemajuan membanggakan Riyadh dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).