Rider tunjuk ‘anu’ depan masjid dikecam orang ramai

Photo of author

By Syima Iza

Perbuatan seorang penghantar barang (rider) yang selamba melakukan aksi tidak senonoh terhadap dua wanita di depan masjid mengundang perhatian ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @medantalkid, lelaki yang mengenakan pakaian seragam rider itu dilihat menunjukkan alat sulit ke arah dua wanita terbabit.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipanggil oleh rider tersebut sebelum dia membuka seluarnya lalu melakukan aksi tidak senonoh itu.

Rider tunjuk 'anu' depan masjid dikecam orang ramai

“Saya dan rakan hanya berdua, tiba-tiba rider di hadapan masjid itu memanggil kami berdua lalu dia membuka celana dan menunjukkan alat sulitnya,” kata seorang mangsa.

Disebabkan ketakutan, mereka segera menjauhkan diri dan merakam kejadian tersebut. Namun, rakaman itu tidak jelas kerana diambil dari jarak jauh.

Identiti suspek masih belum diketahui kerana mukanya dihalang dengan topi keledar dan topeng muka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Medan Talk (@medantalkid)

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen berang dengan perbuatan rider itu.

“Rasanya ini bukan pertama kali, dia memang sudah berkeliaran melakukan perbuatan seperti ini,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Lempar sahaja batu kepada orang sebegini,” kata netizen lain.
Baca Juga:
“Tak pedas ke?” – Lelaki makan bihun sup letak semangkuk sambal, cili potong buat ramai terkejut
YouTuber muat naik video anak terperangkap dalam kereta dikecam sebagai ‘ibu bapa gila’
Lelaki ubahsuai Tesla kepada enjin petrol, boleh pandu sejauh 2,574 km tanpa cas