‘Rider’ panjat tingkat lima hantar pesanan dapat tip lumayan dan surat dari pelangan

‘Rider’ panjat tingkat lima hantar pesanan dapat tip lumayan dan surat dari pelangan

‘Rider’ panjat tingkat lima hantar pesanan dapat tip lumayan dan surat dari pelangan.

Seorang penghantar makanan tidak menyangka akan diberi wang tip yang banyak oleh pelanggannya setelah dia sanggup menaiki tangga ke tingkat lima sebuah flat sewaktu menghantar pesanan.

Menerusi perkongsian Hazmie Faiz Razak di Facebook hari ini, dia menunjukkan gambar memaparkan beberapa keping wang kertas RM50 di dalam sampul yang diterimanya serta nota yang ditinggalkan pelangan tersebut.

‘Rider’ panjat tingkat lima hantar pesanan dapat tip lumayan dan surat dari pelangan

“Cerita dia, aku pergi hantar pesanan dekat rumah flat. Kena pula tingkat lima, kalau ikutkan hati aku malas nak naik tinggi-tinggi.

“Tetapi sebab amanah, aku ikhlas kan hati, pergi la panjat sampai tingkat lima dan mengah juga aku. Sampai depan rumah pelanggan, pelanggan dah tunggu aku bagi makanan, pelanggan terus hulur sampul,” kongsinya dalam hantaran yang dimuat naik.

Menurut Hazmie Faiz, pada awalnya dia agak terkejut apabila dihulur sampul oleh pelanggan tersebut, dan sempat bertanya apakah tujuan sebenar individu berkenaan memberinya.

“Apa ini bang?,” soal Hazmie Faiz kepada pelanggannya.

“Tak apa, ambil sahaja. Terima kasih ya,” balas pelanggan tersebut.

Bercerita lanjut, Hazmie Faiz berkata, dia tergerak hati untuk melihat isi di dalam sampul tersebut selepas tiba di vendor seterusnya untuk mengambil pesanan pelanggan yang lain.

“Aku turun, pesanan terus masuk. Hidupkan motor (motosikal) pergi ambil pesanan, dan sampai dekat vendor, aku baru teringat sampul abang ini bagi.

“Buka sahaja sampul, Allahuakbar. Nampak ada satu kertas kecik, aku baca. Hampir nak menitik air mata aku. Semoga abang Syed dikurniakan zuriat dan dimurahkan rezeki selalu. Amin,” doanya.

Melihat kepada nota yang ditinggalkan pelanggan tersebut, dia meminta Hazmie Faiz mendoakan dia dan isteri untuk dikurniakan rezeki zuriat.

“Bang, minta doakan saya dan isteri dapat zuriat,” tulis pelanggan tersebut dengan ringkas.

Perkongsian Hazmie Faiz di Facebook ternyata menerima pelbagai reaksi di ruangan komen dan ramai mendoakan pasangan suami isteri itu agar dikurniakan zuriat dalam rumah tangga mereka.

Baca Lagi:

Rumah baru dibina, suami nekad robohkan rumah sebab isteri kantoi curang
Doktor terkejut jumpa 187 duit syiling dalam perut lelaki
Remaja ini digelar manusia burung hantu, mampu pusing kepala sehingga 180 darjah
CATEGORIES